Sunday, 4 November 2012

Bab 5


Redza khusyuk menulis diarinya di atas sebuah meja tulis. Diari itulah yang menyimpan segala rahsianya yang terpendam selama ini. Perasaan yang tidak dapat diluahkan semuanya tercatat di dalam sebuah diari.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar.

“Masuklah!” jerit Redza perlahan.

Pintu biliknya dikuak perlahan oleh Mak Tok Imah yang berada di luar. “Kamu tengah buat apa tu? Mak Tok ganggu Redza ke sekarang ini?” tanya Mak Tok Imah yang ingin kepastian.

Redza memusingkan kerusinya menghadap Mak Tok Imah.

“Mana ada mengganggu Redza pun. Duduklah dulu Mak Tok” Redza segera bangun dari tempat duduknya dan membantu Mak Tok Imah untuk duduk di atas katilnya. Maklumlah, semakin usia kita meningkat, semakin susah untuk melakukan banyak pergerakan. Selepas membantu Mak Tok Imah, Redza kembali ke tempat duduknya.

“Redza, kamu pasti ke dengan keputusan kamu itu?” tanya Mak Tok Imah.

“Sangat-sangat pasti Mak Tok. Sudah lama Redza menantikan perkara ini”

“Kamu jangan lupa pula beritahu kat mama dan papa kamu. Restu ibu bapa itu amat penting  supaya kita tidak akan salah membuat keputusan” pesan Mak Tok Imah. Dia tidak mahu disebabkan keputusan tergesa-gesa Redza ini, hubungan ibu bapa dan anaknya berpecah belah.

“Hurmmm... Tengoklah dulu macam mana. Mama dengan papa tu susah sikit nak contact. Busy sangatlah katakan” keluh Redza sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kalau diikutkan kehendak hatinya, dia malas untuk memberitahu mengenai keputusannya itu kepada kedua-dua orang tuanya. Tapi seperti yang Mak Tok Imah cakap sebentar tadi 'Restu ibu bapa itu amat penting supaya kita tidak akan salah membuat keputusan'

"Ingat Redza, tanpa restu mereka berdua, macam manalah aku nak kahwin nanti" desis Redza sendiri.

“Takpe... Mungkin mereka sibuk mencari rezeki kat KL tu. Nanti Mak Tok cuba telefon mama dan papa kamu tu. Kamu jangan risau. Benda yang baik, insyaAllah direstui. Baiklah Mak Tok nak ke dapur dulu ya” tutur Mak Tok Imah yang perlahan-lahan berdiri dan mahu melangkah keluar dari bilik itu. Sebelum sampai di muka pintu bilik Redza itu, Mak Tok Imah sempat menoleh sebentar menghadap ke arah Redza.

“Mak Tok Imah harap Redza yakin dengan keputusan yang Redza telah putuskan tu”

“Pasti yakin!” Redza hanya mengangguk dan tersenyum yakin.

****

Ayu termenung panjang di beranda rumahnya.  Hatinya mula merindui Haniff. Sudah seminggu Haniff membiarkan dirinya tanpa sebarang khabar berita. Sihatkah Abang Haniff? Di mana dia  berada sekarang? Pelbagai persoalan timbul dalam fikirannya. Tidak sangka begitu mudah Haniff lupa dengan janji-janjinya. 

Hampir setiap hari Ayu menghantar mesej memohon maaf atas apa yang telah berlaku. Kalau call pun, tak jawab. Risau Ayu dibuatnya. Tahu-tahu aje, Haniff dah balik ke KL. Itu pun kawannya, Maya yang beritahu.

“Abang Haniff balik KL bukannya nak beritahu aku ni” rengus Ayu.

Tiba-tiba bahu Ayu seperti cuit oleh seseorang dari belakang.

“Jauh termenung anak ayah ni. Fikirkan bakal suami dia la tu” tutur Haji Rahman. Senyuman mula terukir di wajahnya.

“Eh, ayah ni. Ada-ada saja. Ayu tengah fikirkan masa depan Ayu lepas ni. Macam manalah hidup Ayu lepas berkahwin dengan orang yang Ayu sendiri tak kenal. Hurmmm” balas Ayu.

“Ayu risau apa yang akan jadi pada masa depan ya?” tanya ayahnya.

Ayu hanya menganggukkan kepalanya.

“Pasal perkara itu, Ayu tak perlu risau. Ayah yakin Ayu akan bahagia dengan bakal suami Ayu tu nanti”

“Masalahnya Ayu tak kenal pun siapa bakal suami Ayu tu. Kalau tanya ayah pun, bukannya nak beritahu siapa orangnya. Tak habis-habis, 'rahsialah'..."

"Hehehehe, mestilah dirahsiakan siapa tuan badannya. Barulah rasa tak sabar-sabar nak peluk orangnya" Habis saja ayahnya berbicara, Ayu terus ketawa.

"Ada-ada jelah ayah ni”

Kali ini Haji Rahman pula yang ketawa terbahak-bahak.

“Tapi ayah yakin ke bakal suami Ayu tu akan bahagiakan Ayu? Takkan halang Ayu untuk sambung belajar?” tanya Ayu.

“Ayu percaya tak pada jodoh yang telah ditentukan oleh Allah? Firasat ayah yakin mengatakan yang bakal suami Ayu tu boleh membimbing Ayu dan membahagiakan Ayu. Kalau Ayu nak sambung belajar, dia mesti akan izinkan. Ayah dah soal siasat bakal suami kamu tu. Jangan risau ya, sayang” tutur Haji Rahman untuk meyakinkan anaknya itu.

Haji Rahman mengusap lembut kepala Ayu. Jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu berpisah langsung dengan anak tunggalnya itu. Namun demi menghormati permintaan arwah isterinya dan ingin melihat anaknya bahagia bersama dengan seseorang yang ikhlas mencintainya, Haji Rahman terpaksa merelakannya.

****
Kedengaran bunyi sebuah kenderaan memasuki halaman rumah Mak Tok Imah. Mak Tok Imah cuba menjenguk siapakah gerangan yang datang ke rumah usangnya itu. Pintu kereta Mercedes itu dibuka oleh pemandu dan penumpangnya.

“Akhirnya Saleha dan Jamal datang juga nak tengok anak bujang mereka ni. Redza! Mama dan papa kamu datang ni” panggil Mak Tok Imah. Namun, Redza masih tidak keluar dari bilik tidurnya.

“Mak Imah...” Tan Sri Jamal bersuara untuk menyapa Mak Tok Imah.

Sapaan Tan Sri Jamal itu telah membuatkan Mak Tok Imah yang berada di pintu hadapan rumah itu sedikit terkejut. Manakala wajah Puan Sri Saleha seperti biasa, ketat dan tiada langsung tanda-tanda nak senyum. Mak Tok Imah memandang kedua-dua insan yang sudah berdiri tegak di hadapannya. “Haihh, tak pernah berubah langsung perangai mereka berdua ni” desis hati Mak Tok Imah.

Tan Sri Jamal dan Puan Sri Saleha mengambil tempat duduk di ruang tamu rumah itu.

“Mak Imah ini macam nampak hantu aje bila tengok kami berdua” tegur Tan Sri Jamal.

“Maafkan Mak Imah ya. Mak Imah terkejut apabila tengok kamu berdua datang ke sini. Dah hampir 6 bulan kamu berdua tidak menjenguk Redza. Kesian Mak Imah tengok si Redza tu”

“Redza tu anak kami. Lagipun belakangan ini, kami sibuk sikit dengan kerja kat KL. Redza mesti faham tugas kami ini untuk kebaikan dia juga” tutur Puan Sri Saleha untuk mempertahankan dirinya.

“Mana Redza?” tanya Tan Sri Jamal untuk mengelak isterinya itu mula naik angin.

“Ada di dalam bilik tu. Redza! Mama dengan papa kamu datang ni” panggil Mak Tok Imah.

Redza melangkah keluar dari biliknya setelah mendengar panggilan Mak Tok Imah itu. Mukanya tidak mempamerkan sebarang senyuman untuk kedatangan mama dan papanya itu. Puan Sri Saleha berdiri lalu memeluk anaknya itu.

“Rindunya dengan anak mama yang semakin handsome ni” Puan Sri Saleha mencubit manja pipi Redza. Muka Redza menjadi merah apabila diperlakukan sebegitu.

“Mama, please... Redza bukan budak kecil lagi” tutur Redza jujur bahawa dia tidak suka diperlakukan sebegitu di hadapan orang lain terutamanya Mak Tok Imah. Malunya!

“Elehh, malu-malu pula anak mama sekarang ini” tutur Puan Sri Saleha kepada anaknya lalu kembali mengambil tempat duduk di sebelah suaminya.

Mak Tok Imah bingkas bangun untuk pergi ke dapur untuk menyediakan minuman. Sebelum itu, Mak Tok Imah ada membisikkan sesuatu di telinga Redza. “Jangan lupa beritahu mama dan papa kamu pasal hasrat di dalam hati tu.” Pantas kaki Mak Tok Imah melangkah ke dapur. Membiarkan perbincangan Redza bersama-sama dengan mama dan papanya. Apa yang mampu dia lakukan hanyalah berdoa. Berdoa agar Jamal dan Saleha dapat menerima keputusan Redza itu.

Di ruang tamu rumah itu, perbincangan yang agak serius sedang berlaku. Dada Redza berdegup kencang untuk mendengar respon daripada mamanya. Bersedia untuk menutup telinga sebelum mendengar jeritan mamanya itu.

“Apa?! Kenapa Redza tak beritahu mama dulu. Suka hati saja pergi meminang anak dara orang yang mama dan papa sendiri pun tak kenal latar belakang keluarga mereka” bebel Puan Sri Saleha.

“Keluarga perempuan tu setaraf dengan kita ke, Redza? Ayah dia ahli korporat mana? “ tutur papanya pula.

“Nama dia, Ayu Yasmine. Ayahnya pengusaha ladang jagung kat kampung sebelah. Sederhana saja keluarga mereka” jawab Redza tenang.

Muka Tan Sri Jamal dan Puan Sri Saleha mula berubah apabila mendengar statement anaknya itu. Pengusaha ladang jagung? Langsung tak setaraf dengan mereka yang bergelar Tan Sri dan Puan Sri itu. Redza memandang ke arah mama dan papanya. Muka kedua-duanya berkerut seribu. “Mesti tak suka dengan pilihan aku la tu. Mama dan papa tak pernah berubah. Berlagak betul bila dapat naik pangkat ‘Sri’ tu. Huh!” rungut hati Redza.

“Mama tidak setuju dengan keputusan terburu-buru Redza ni. Kalau Redza dah kemaruk nak kahwin juga, mama akan cari pilihan yang sesuai dengan anak mama ni”

“Tapi mama..., Redza dah hantar rombongan meminang dah. Tarikh nikah pun dah ditentukan. Tak ada majlis pertunangan, terus nikah aje”

“Takpe, takpe. Tahulah macam mana mama nak uruskan perkara itu” tutur Puan Sri Saleha. Malulah anak teruna Puan Sri Saleha kahwin dengan perempuan kampung.

“Sal, awak jangan nak buat hal pula. Kita ikut sajalah kehendak anak kita ni. Dia yang nak kahwin, bukannya kita” tutur Tan Sri Jamal yang sudah merestui pilihan anaknya itu dan sebenarnya dia risau isterinya buat kecoh di kampung itu.

“What?” balas Puan Sri Saleha yang agak kaget mendengar jawapan yang keluar dari mulut suaminya itu.

“Betul yang papa cakap tu, mama. Redza yang nak kahwin. Redza harap mama faham dengan perasaan Redza. Lagipun selama ini Redza tak pernah meminta apa-apa daripada papa dan mama kan. Kali ini saja mama, please?” rayu Redza sambil membuat muka simpati kepada mamanya.

Wajah Puan Sri Saleha sudah berubah masam. Tiada senyuman di wajahnya itu. Memang selama ini, Redza tidak pernah meminta apa-apa daripadanya. Kalau duit yang diberinya setiap bulan pun, Redza akan menolak. Alasannya, tidak mahu menyusahkan papa dan mama. “Macam manalah nak tolak permintaan si Redza ni?” fikir Puan Sri Saleha.

“Baiklah, mama setuju kalau kamu nak berkahwin dengan perempuan itu, tapi...” belum sempat mamanya menghabiskan kata-kata, dengan pantas Redza mencelah.

“Tapi apa, mama?”

“Mama nak kamu tinggal di KL dengan mama dan papa. Kamu pun dah besar. Tak payah nak menyusahkan Mak Tok Imah menjaga kamu. Uruskan syarikat kita kat sana. Tak lama lagi kamu pula yang kena ambil alih tugas papa” tegas mamanya.

“Tinggal kat KL? Hurmm” Redza berfikir sejenak. Jauh di dalam sudut hatinya tidak mahu berpisah dengan Mak Tok Imah dan suasana yang indah kat kampung itu. “Hurmm... Tapi aku nak kahwin! Urgghh! Berbelah bagi rasa di hati ni” bisiknya perlahan.

“Apa kamu cakap tadi?” tutur mamanya yang seolah-olah mendengar bisikkan yang keluar dari mulutnya sebentar tadi.

“Hah? Hurmm... Ok, Redza setuju tinggal kat KL tapi lepas Redza  bernikah dengan Ayu” pantas Redza menjawab.

“Baiklah!” jawab mamanya.

Setelah selesai perbincangan itu, barulah muncul Mak Tok Imah dari dapur dengan membawa air kopi dan cucur  yang telah disediakan. Tan Sri Jamal dan Puan Sri Saleha pun menikmati hidangan ringan itu sebelum berangkat pulang ke KL.

“Macam mana tadi?” tanya Mak Tok Imah kepada Redza. Mereka berdua sedang melihat kereta Mercedes itu yang semakin jauh dari pandangan mereka.

Redza menoleh ke arah Mak Tok Imah. “Settle. Lega sikit hati ini. Jadi, lepas ini Redza kena buat persiapan untuk majlis pernikahan nanti. Tarikh yang Redza tetapkan tu pun bukannya jauh lagi. Dah boleh buat persiapan sikit-skit” jawab Redza sambil tersenyum gembira. Akhirnya, papa dan mamanya merestui keputusannya itu. Dah dapat green light. Siapa tak suka bila dapat kahwin?

Mak Tok Imah tertawa melihat telatah Redza yang sedang tersenyum sendiri itu.

****

“Awak tak nak jumpa dengan budak perempuan itu dulu ke?” tutur Tan Sri Jamal yang sedang memandu kereta pulang ke KL.

“Tak perlu” jawab Puan Sri Saleha ringkas.

“Wah, tak sangka sungguh awak boleh senang-senang merestui pilihan Redza itu. Selalunya awak akan mempertahankan keputusan awak berbanding keputusan orang lain” perli Tan Sri Jamal.

“Tidak semudah itu saya menerima perempuan itu dalam keluarga saya. Tengoklah apa saya akan buat bila mereka sudah berkahwin nanti” serius Puan Sri Saleha berkata-kata.

Tan Sri Jamal hanya mampu menggelengkan kepala melihat perangai isterinya yang tidak pernah berubah itu.

“Ayu. Aku akan pastikan kau menyesal kahwin dengan anak aku.” bisik hati Puan Sri Saleha sambil tersenyum jahat.

___________________________________________

p/s: Alhamdulillah siap juga bab 5 ni walaupun saya masih busy dengan Final Exam. Minta maaf kalau terkurang sana-sini aka spelling error. Gelaran Datin Sri telah ditukar ke Puan Sri.. Maaf ya terkeliru sikit masa menaip.. Nasib baik ada yang menegur..TERIMA KASIH! Bab 6? tunggu ye~