Sunday, 4 November 2012

Bab 5


Redza khusyuk menulis diarinya di atas sebuah meja tulis. Diari itulah yang menyimpan segala rahsianya yang terpendam selama ini. Perasaan yang tidak dapat diluahkan semuanya tercatat di dalam sebuah diari.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar.

“Masuklah!” jerit Redza perlahan.

Pintu biliknya dikuak perlahan oleh Mak Tok Imah yang berada di luar. “Kamu tengah buat apa tu? Mak Tok ganggu Redza ke sekarang ini?” tanya Mak Tok Imah yang ingin kepastian.

Redza memusingkan kerusinya menghadap Mak Tok Imah.

“Mana ada mengganggu Redza pun. Duduklah dulu Mak Tok” Redza segera bangun dari tempat duduknya dan membantu Mak Tok Imah untuk duduk di atas katilnya. Maklumlah, semakin usia kita meningkat, semakin susah untuk melakukan banyak pergerakan. Selepas membantu Mak Tok Imah, Redza kembali ke tempat duduknya.

“Redza, kamu pasti ke dengan keputusan kamu itu?” tanya Mak Tok Imah.

“Sangat-sangat pasti Mak Tok. Sudah lama Redza menantikan perkara ini”

“Kamu jangan lupa pula beritahu kat mama dan papa kamu. Restu ibu bapa itu amat penting  supaya kita tidak akan salah membuat keputusan” pesan Mak Tok Imah. Dia tidak mahu disebabkan keputusan tergesa-gesa Redza ini, hubungan ibu bapa dan anaknya berpecah belah.

“Hurmmm... Tengoklah dulu macam mana. Mama dengan papa tu susah sikit nak contact. Busy sangatlah katakan” keluh Redza sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kalau diikutkan kehendak hatinya, dia malas untuk memberitahu mengenai keputusannya itu kepada kedua-dua orang tuanya. Tapi seperti yang Mak Tok Imah cakap sebentar tadi 'Restu ibu bapa itu amat penting supaya kita tidak akan salah membuat keputusan'

"Ingat Redza, tanpa restu mereka berdua, macam manalah aku nak kahwin nanti" desis Redza sendiri.

“Takpe... Mungkin mereka sibuk mencari rezeki kat KL tu. Nanti Mak Tok cuba telefon mama dan papa kamu tu. Kamu jangan risau. Benda yang baik, insyaAllah direstui. Baiklah Mak Tok nak ke dapur dulu ya” tutur Mak Tok Imah yang perlahan-lahan berdiri dan mahu melangkah keluar dari bilik itu. Sebelum sampai di muka pintu bilik Redza itu, Mak Tok Imah sempat menoleh sebentar menghadap ke arah Redza.

“Mak Tok Imah harap Redza yakin dengan keputusan yang Redza telah putuskan tu”

“Pasti yakin!” Redza hanya mengangguk dan tersenyum yakin.

****

Ayu termenung panjang di beranda rumahnya.  Hatinya mula merindui Haniff. Sudah seminggu Haniff membiarkan dirinya tanpa sebarang khabar berita. Sihatkah Abang Haniff? Di mana dia  berada sekarang? Pelbagai persoalan timbul dalam fikirannya. Tidak sangka begitu mudah Haniff lupa dengan janji-janjinya. 

Hampir setiap hari Ayu menghantar mesej memohon maaf atas apa yang telah berlaku. Kalau call pun, tak jawab. Risau Ayu dibuatnya. Tahu-tahu aje, Haniff dah balik ke KL. Itu pun kawannya, Maya yang beritahu.

“Abang Haniff balik KL bukannya nak beritahu aku ni” rengus Ayu.

Tiba-tiba bahu Ayu seperti cuit oleh seseorang dari belakang.

“Jauh termenung anak ayah ni. Fikirkan bakal suami dia la tu” tutur Haji Rahman. Senyuman mula terukir di wajahnya.

“Eh, ayah ni. Ada-ada saja. Ayu tengah fikirkan masa depan Ayu lepas ni. Macam manalah hidup Ayu lepas berkahwin dengan orang yang Ayu sendiri tak kenal. Hurmmm” balas Ayu.

“Ayu risau apa yang akan jadi pada masa depan ya?” tanya ayahnya.

Ayu hanya menganggukkan kepalanya.

“Pasal perkara itu, Ayu tak perlu risau. Ayah yakin Ayu akan bahagia dengan bakal suami Ayu tu nanti”

“Masalahnya Ayu tak kenal pun siapa bakal suami Ayu tu. Kalau tanya ayah pun, bukannya nak beritahu siapa orangnya. Tak habis-habis, 'rahsialah'..."

"Hehehehe, mestilah dirahsiakan siapa tuan badannya. Barulah rasa tak sabar-sabar nak peluk orangnya" Habis saja ayahnya berbicara, Ayu terus ketawa.

"Ada-ada jelah ayah ni”

Kali ini Haji Rahman pula yang ketawa terbahak-bahak.

“Tapi ayah yakin ke bakal suami Ayu tu akan bahagiakan Ayu? Takkan halang Ayu untuk sambung belajar?” tanya Ayu.

“Ayu percaya tak pada jodoh yang telah ditentukan oleh Allah? Firasat ayah yakin mengatakan yang bakal suami Ayu tu boleh membimbing Ayu dan membahagiakan Ayu. Kalau Ayu nak sambung belajar, dia mesti akan izinkan. Ayah dah soal siasat bakal suami kamu tu. Jangan risau ya, sayang” tutur Haji Rahman untuk meyakinkan anaknya itu.

Haji Rahman mengusap lembut kepala Ayu. Jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu berpisah langsung dengan anak tunggalnya itu. Namun demi menghormati permintaan arwah isterinya dan ingin melihat anaknya bahagia bersama dengan seseorang yang ikhlas mencintainya, Haji Rahman terpaksa merelakannya.

****
Kedengaran bunyi sebuah kenderaan memasuki halaman rumah Mak Tok Imah. Mak Tok Imah cuba menjenguk siapakah gerangan yang datang ke rumah usangnya itu. Pintu kereta Mercedes itu dibuka oleh pemandu dan penumpangnya.

“Akhirnya Saleha dan Jamal datang juga nak tengok anak bujang mereka ni. Redza! Mama dan papa kamu datang ni” panggil Mak Tok Imah. Namun, Redza masih tidak keluar dari bilik tidurnya.

“Mak Imah...” Tan Sri Jamal bersuara untuk menyapa Mak Tok Imah.

Sapaan Tan Sri Jamal itu telah membuatkan Mak Tok Imah yang berada di pintu hadapan rumah itu sedikit terkejut. Manakala wajah Puan Sri Saleha seperti biasa, ketat dan tiada langsung tanda-tanda nak senyum. Mak Tok Imah memandang kedua-dua insan yang sudah berdiri tegak di hadapannya. “Haihh, tak pernah berubah langsung perangai mereka berdua ni” desis hati Mak Tok Imah.

Tan Sri Jamal dan Puan Sri Saleha mengambil tempat duduk di ruang tamu rumah itu.

“Mak Imah ini macam nampak hantu aje bila tengok kami berdua” tegur Tan Sri Jamal.

“Maafkan Mak Imah ya. Mak Imah terkejut apabila tengok kamu berdua datang ke sini. Dah hampir 6 bulan kamu berdua tidak menjenguk Redza. Kesian Mak Imah tengok si Redza tu”

“Redza tu anak kami. Lagipun belakangan ini, kami sibuk sikit dengan kerja kat KL. Redza mesti faham tugas kami ini untuk kebaikan dia juga” tutur Puan Sri Saleha untuk mempertahankan dirinya.

“Mana Redza?” tanya Tan Sri Jamal untuk mengelak isterinya itu mula naik angin.

“Ada di dalam bilik tu. Redza! Mama dengan papa kamu datang ni” panggil Mak Tok Imah.

Redza melangkah keluar dari biliknya setelah mendengar panggilan Mak Tok Imah itu. Mukanya tidak mempamerkan sebarang senyuman untuk kedatangan mama dan papanya itu. Puan Sri Saleha berdiri lalu memeluk anaknya itu.

“Rindunya dengan anak mama yang semakin handsome ni” Puan Sri Saleha mencubit manja pipi Redza. Muka Redza menjadi merah apabila diperlakukan sebegitu.

“Mama, please... Redza bukan budak kecil lagi” tutur Redza jujur bahawa dia tidak suka diperlakukan sebegitu di hadapan orang lain terutamanya Mak Tok Imah. Malunya!

“Elehh, malu-malu pula anak mama sekarang ini” tutur Puan Sri Saleha kepada anaknya lalu kembali mengambil tempat duduk di sebelah suaminya.

Mak Tok Imah bingkas bangun untuk pergi ke dapur untuk menyediakan minuman. Sebelum itu, Mak Tok Imah ada membisikkan sesuatu di telinga Redza. “Jangan lupa beritahu mama dan papa kamu pasal hasrat di dalam hati tu.” Pantas kaki Mak Tok Imah melangkah ke dapur. Membiarkan perbincangan Redza bersama-sama dengan mama dan papanya. Apa yang mampu dia lakukan hanyalah berdoa. Berdoa agar Jamal dan Saleha dapat menerima keputusan Redza itu.

Di ruang tamu rumah itu, perbincangan yang agak serius sedang berlaku. Dada Redza berdegup kencang untuk mendengar respon daripada mamanya. Bersedia untuk menutup telinga sebelum mendengar jeritan mamanya itu.

“Apa?! Kenapa Redza tak beritahu mama dulu. Suka hati saja pergi meminang anak dara orang yang mama dan papa sendiri pun tak kenal latar belakang keluarga mereka” bebel Puan Sri Saleha.

“Keluarga perempuan tu setaraf dengan kita ke, Redza? Ayah dia ahli korporat mana? “ tutur papanya pula.

“Nama dia, Ayu Yasmine. Ayahnya pengusaha ladang jagung kat kampung sebelah. Sederhana saja keluarga mereka” jawab Redza tenang.

Muka Tan Sri Jamal dan Puan Sri Saleha mula berubah apabila mendengar statement anaknya itu. Pengusaha ladang jagung? Langsung tak setaraf dengan mereka yang bergelar Tan Sri dan Puan Sri itu. Redza memandang ke arah mama dan papanya. Muka kedua-duanya berkerut seribu. “Mesti tak suka dengan pilihan aku la tu. Mama dan papa tak pernah berubah. Berlagak betul bila dapat naik pangkat ‘Sri’ tu. Huh!” rungut hati Redza.

“Mama tidak setuju dengan keputusan terburu-buru Redza ni. Kalau Redza dah kemaruk nak kahwin juga, mama akan cari pilihan yang sesuai dengan anak mama ni”

“Tapi mama..., Redza dah hantar rombongan meminang dah. Tarikh nikah pun dah ditentukan. Tak ada majlis pertunangan, terus nikah aje”

“Takpe, takpe. Tahulah macam mana mama nak uruskan perkara itu” tutur Puan Sri Saleha. Malulah anak teruna Puan Sri Saleha kahwin dengan perempuan kampung.

“Sal, awak jangan nak buat hal pula. Kita ikut sajalah kehendak anak kita ni. Dia yang nak kahwin, bukannya kita” tutur Tan Sri Jamal yang sudah merestui pilihan anaknya itu dan sebenarnya dia risau isterinya buat kecoh di kampung itu.

“What?” balas Puan Sri Saleha yang agak kaget mendengar jawapan yang keluar dari mulut suaminya itu.

“Betul yang papa cakap tu, mama. Redza yang nak kahwin. Redza harap mama faham dengan perasaan Redza. Lagipun selama ini Redza tak pernah meminta apa-apa daripada papa dan mama kan. Kali ini saja mama, please?” rayu Redza sambil membuat muka simpati kepada mamanya.

Wajah Puan Sri Saleha sudah berubah masam. Tiada senyuman di wajahnya itu. Memang selama ini, Redza tidak pernah meminta apa-apa daripadanya. Kalau duit yang diberinya setiap bulan pun, Redza akan menolak. Alasannya, tidak mahu menyusahkan papa dan mama. “Macam manalah nak tolak permintaan si Redza ni?” fikir Puan Sri Saleha.

“Baiklah, mama setuju kalau kamu nak berkahwin dengan perempuan itu, tapi...” belum sempat mamanya menghabiskan kata-kata, dengan pantas Redza mencelah.

“Tapi apa, mama?”

“Mama nak kamu tinggal di KL dengan mama dan papa. Kamu pun dah besar. Tak payah nak menyusahkan Mak Tok Imah menjaga kamu. Uruskan syarikat kita kat sana. Tak lama lagi kamu pula yang kena ambil alih tugas papa” tegas mamanya.

“Tinggal kat KL? Hurmm” Redza berfikir sejenak. Jauh di dalam sudut hatinya tidak mahu berpisah dengan Mak Tok Imah dan suasana yang indah kat kampung itu. “Hurmm... Tapi aku nak kahwin! Urgghh! Berbelah bagi rasa di hati ni” bisiknya perlahan.

“Apa kamu cakap tadi?” tutur mamanya yang seolah-olah mendengar bisikkan yang keluar dari mulutnya sebentar tadi.

“Hah? Hurmm... Ok, Redza setuju tinggal kat KL tapi lepas Redza  bernikah dengan Ayu” pantas Redza menjawab.

“Baiklah!” jawab mamanya.

Setelah selesai perbincangan itu, barulah muncul Mak Tok Imah dari dapur dengan membawa air kopi dan cucur  yang telah disediakan. Tan Sri Jamal dan Puan Sri Saleha pun menikmati hidangan ringan itu sebelum berangkat pulang ke KL.

“Macam mana tadi?” tanya Mak Tok Imah kepada Redza. Mereka berdua sedang melihat kereta Mercedes itu yang semakin jauh dari pandangan mereka.

Redza menoleh ke arah Mak Tok Imah. “Settle. Lega sikit hati ini. Jadi, lepas ini Redza kena buat persiapan untuk majlis pernikahan nanti. Tarikh yang Redza tetapkan tu pun bukannya jauh lagi. Dah boleh buat persiapan sikit-skit” jawab Redza sambil tersenyum gembira. Akhirnya, papa dan mamanya merestui keputusannya itu. Dah dapat green light. Siapa tak suka bila dapat kahwin?

Mak Tok Imah tertawa melihat telatah Redza yang sedang tersenyum sendiri itu.

****

“Awak tak nak jumpa dengan budak perempuan itu dulu ke?” tutur Tan Sri Jamal yang sedang memandu kereta pulang ke KL.

“Tak perlu” jawab Puan Sri Saleha ringkas.

“Wah, tak sangka sungguh awak boleh senang-senang merestui pilihan Redza itu. Selalunya awak akan mempertahankan keputusan awak berbanding keputusan orang lain” perli Tan Sri Jamal.

“Tidak semudah itu saya menerima perempuan itu dalam keluarga saya. Tengoklah apa saya akan buat bila mereka sudah berkahwin nanti” serius Puan Sri Saleha berkata-kata.

Tan Sri Jamal hanya mampu menggelengkan kepala melihat perangai isterinya yang tidak pernah berubah itu.

“Ayu. Aku akan pastikan kau menyesal kahwin dengan anak aku.” bisik hati Puan Sri Saleha sambil tersenyum jahat.

___________________________________________

p/s: Alhamdulillah siap juga bab 5 ni walaupun saya masih busy dengan Final Exam. Minta maaf kalau terkurang sana-sini aka spelling error. Gelaran Datin Sri telah ditukar ke Puan Sri.. Maaf ya terkeliru sikit masa menaip.. Nasib baik ada yang menegur..TERIMA KASIH! Bab 6? tunggu ye~

Sunday, 14 October 2012

Bab 4 Part 2


****
Selepas selesai saja solat Subuh, Ayu dengan pantas mencapai telefon bimbitnya di atas meja soleknya. Ayu menekan punat telefon bimbitnya itu untuk mendail nombor telefon Haniff. Dia harus mengucapkan terima kasih kepada Haniff kerana berjaya memujuk hati semalam walaupun ada sedikit pertelingkahan berlaku di antara mereka.

“Trittt! Trittt!” hanya itu yang kedengaran di telinga Ayu. Masih tiada sebarang jawapan daripada si penerima.

“Hurmmm, mungkin Abang Haniff masih tidur lagi kot. Ataupun mandi ni. Kalau begitu, aku try call 10 minit lagilah” tutur Ayu untuk menyedapkan hatinya.

Matanya memandang ke arah jam dinding yang melekap di dinding kayu biliknya itu. “Sudah pukul 7 pagi. So, pukul 7.10 nanti call baliklah” Ayu melangkah menuju ke tingkap biliknya untuk menyedut udara nyaman pada pagi itu.

Permandangan kawasan kampung yang indah pada pagi itu sedikit terganggu apabila dia melihat ayahnya sedang berbual-bual dengan seseorang tetapi malangnya Ayu tidak dapat melihat insan itu kerana ada sebatang pokok pisang yang menghalang sebahagian tubuh insan itu.

“Ayah kelihatan begitu gembira berbual dengan orang itu. Siapa eh agaknya yang sedang berbual dengan ayah tu? Hurmmm,  yang peliknya kenapa mereka tidak berbual-bual di dalam rumah atau pondok kecil di tepi rumah ini” hati Ayu semakin tertanya-tanya.

“Hurmmm, lebih baik aku pergi keluar dan tengok sendiri siapakah orang yang sedang berbual sakan dengan ayah aku tu”

Namun belum sempat Ayu melangkah keluar dari biliknya, telefon bimbitnya mula berdering. “Trittt! Trittt!” Segera Ayu menekan punat berwarna hijau dan menghalakan telefon itu ke telinga kirinya.

“Hello, Assalammualaikum.”

“Hello, apasal kau missed call aku pagi-pagi buta ni? Nak cari masalah lagi atau nak bincang pasal kejadian semalam? Kalau pasal perkara itu, aku tak berminatlah nak dengar. Faham! Dah, dah... Aku nak sambung tidur” pintas Haniff laju.

“Jap, jap, Abang Haniff. Ayu ada satu perkara nak tanya abang sebentar” balas Ayu perlahan. Ayu sebenarnya sedih kerana panggilan ‘sayang’ yang selalu diucapkan oleh Haniff seperti kebiasaan seolah-olah sudah pupus dari ingatan Haniff.

“Apa lagi?”

“Abang ada hantar surat tak kat Ayu semalam?” tutur Ayu yang ingin kepastian.

“Buat apa aku nak berhantar-hantar surat dengan kau? Bukankah semalam kau sibuk berasmaradana dengan jantan mana entah kat tebing sungai tu. Dah lupa ke? Lagipun buang masa sajalah hantar surat kat perempuan yang tak pernah rasa diuntung macam kau”

“Abang Haniff... Sampai hati abang cakap macam itu kat Ayu. Ayu tahu Ayu banyak menyakiti hati abang”

“Kau baru sedar ke Ayu? Hah! Kau baru nak sedar yang kau banyak menyakiti hati aku? Sudahlah Ayu. Aku dah malas nak dengar pujuk rayu kau yang takkan pernah habis tu” jerit Haniff di dalam panggilan itu dan terus mematikan talian.

Muka Ayu sudah masam mencuka. Tiada apa yang dapat Ayu katakan lagi. Haniff memang keras kepala. Susah untuk dibawa berbincang. Urgghh! Kusut fikiran Ayu sekarang ini. Ini semua salah si mamat poyo tu.

“Ish! Benci! Benci! Benci!” jerit Ayu sehingga suaranya kedengaran di beranda rumah itu.

Hampir terhenti seketika jantung Haji Rahman yang sedang melangkah masuk ke dalam rumahnya apabila mendengar jeritan Ayu. Pantas kakinya menuju ke arah bilik anaknya itu. “Kenapa pula si Ayu tu? Mengigau ke?” bisik Haji Rahman di dalam hati.

Sebaik saja sampai di hadapan pintu bilik anaknya, tangan Haji Rahman terus mengetuk perlahan pintu bilik itu. “Ayu... Kamu tak apa-apa ke kat dalam tu?”

Tiada sebarang respon daripada Ayu. “Boleh tak ayah nak masuk ke dalam sebentar? Ada benda yang ayah nak bincang dengan kamu ni”

Sekali lagi pertanyaan Haji Rahman tidak dibalas oleh Ayu. Tiba-tiba pintu bilik itu dikuak daripada dalam. Namun Ayu tidak muncul di muka pintu itu. Tanpa membuang masa, Haji Rahman masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan wajah Ayu yang sedikit murung dan matanya sudah merah.

“Boleh ayah duduk di sebelah Ayu?” tanya Haji Rahman. Dia tidak mahu bertanyakan kepada Ayu kenapa dia menjadi sebegitu rupa. Tidak mahu menambahkan kemarahan anaknya itu.

Ayu hanya mengangguk perlahan. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Tidak mahu ayahnya melihat mukanya yang agak murung ketika itu.

“Baiklah. Ayah cakap terus-terang jelah. Tadi, orang yang datang meminang kamu tu tanya kat ayah pasal kamu setuju atau tidak menerima dia dalam hidup kamu. Ayah tak berani nak memberi jawapannya. Semua terpulang kepada Ayu”

“Kan Ayu dah cakap kat ayah, berikan sekidit masa untuk Ayu berfikir mengenainya” balas Ayu perlahan.

“Bukan apa anakku sayang... Dia nak jawapan daripada Ayu dalam masa yang terdekat ini. Dia nak buat persediaan awal. Kalau Ayu tidak mahu menerimanya, nanti ayah cakap dengan dia ya” sambung Haji Rahman. Dia sebenarnya tidak berani untuk memaksa Ayu menerima pinangan itu. Takut hidup Ayu tidak akan bahagia dengan insan yang anaknya tidak cintai itu.

Suasana bilik itu diam seketika setelah Haji Rahman menghabiskan bicaranya. Ayu pula masih termenung memikirkan hal itu. Masih melayan perasaannya yang tengah membara-bara dengan perangai si Haniff sebentar tadi.

“Buat apa aku nak percaya perempuan murahan macam kau ni. Huh!” Ayat yang dituturkan oleh Haniff itu masih terngiang-ngiang di dalam fikiran Ayu.

“Pilihlah insan yang mencintai kita bukannya insan yang sudi mencintai kita...” tutur Haji Rahman lalu berdiri. Kakinya dihayun menuju keluar dari bilik itu.

“Ayah! Ayu sudi menerimanya!” pantas Ayu bersuara.

Haji Rahman menoleh ke arah anaknya. Senyumannya kini tidak dapat disembunyikan lagi. Hatinya kini amat gembira kerana akhirnya Ayu sudi menerima pinangan itu.

“Alhamdulillah!” balas Haji Rahman. Namun di dalam hati Haji Rahman kini sedang berbisik, “Anak aku dah terima lelaki pilihan aku! Hehehe...” Senyuman terukir di wajahnya.

__________________________________________________________________

p/s: Alhamdulillah, siap jugak bab 4 ni... Hurrrmmm. Maybe dalam 2-3 minggu ni, saya busy sikit sebab tengah mempersiapkan diri dengan Final Examination saya.. Doakan saya dapat menjawab exam dengan jayanya, okay? :) Bab 5? InsyaAllah, saya akan berusaha menaipnya ;)

Love, Ain Amiena 


Monday, 8 October 2012

Bab 4 Part 1




“Abang Haniff tak sangka Ayu sanggup menduakan abang!” jerit Haniff.

Mata Ayu terpejam  rapat apabila mendengar jeritan Haniff itu.    Perasaan takut dan bersalah menerpa ke dalam dirinya. Jari-jemari tangan sebelah kanan dan kirinya menggenggam kuat. Mengharapkan Ilahi memberi kekuatan kepadanya untuk menghadapi Haniff yang seperti gunung berapi yang akan meletus pada bila-bila masa.

“Abang Haniff, maafkanlah Ayu. Ayu dengan dia tiada apa-apa hubungan yang istimewa pun” balas Ayu perlahan.

“Kalau tiada hubungan istimewa, takkanlah nak berpegang-pegang macam tadi. Siap berjumpa kat tebing sungai lagi tu” perli Haniff.

“Kami berjumpa secara tidak sengaja. Lagipun dia tu senior Ayu masa sekolah menengah dulu. Percayalah apa yang Ayu katakan, Abang Haniff” rayu Ayu.

“Wah, Wah, Wah.... Senior ke boyfriend?” sindir Haniff lagi.

“Abang Haniff, percayalah... Ayu hanya menyayangi Abang Haniff. Hati Ayu hanya untuk abang seorang saja. Ayu tidak akan pernah menduakan abang Haniff” rintih Ayu. Air matanya sudah tidak dapat dibendung lagi. Hatinya dihimpit rasa kesal yang amat mendalam.

“Buat apa aku nak percaya perempuan murahan macam kau ni. Huh!”

“Panggg!” satu tamparan hinggap di muka Haniff. Terkaku sebentar seluruh anggota badan Haniff. Buat pertama kalinya, dia ditampar oleh seorang perempuan. Cis, tak guna punya betina!

Ayu sedar bahawa perbuatannya itu telah melampaui batas. “Maafkan Ayu, Abang Haniff. Ayu terlalu mengikut perasaan. Abang Haniff kena dengar penjelasan Ayu dulu” nada suara Ayu cuba memujuk.

Ayu cuba untuk mengusap pipi Haniff yang ditamparnya sebentar tadi tetapi tangannya ditepis kuat oleh Haniff. “Dasar perempuan yang sedar diuntung. Mulai hari ini, kita putus!” teriak Haniff tanpa berfikir lagi. Deruan nafasnya kencang. Tidak sangka dia akan dipermainkan oleh Ayu, si budak kampung itu.

Haniff memusingkan badannya untuk melangkah pergi dari situ. Malas hendak melihat wajah Ayu yang akan lebih menaikkan suhu kemarahannya saja. Tiba-tiba tubuhnya seperti dipeluk kuat oleh seseorang daripada belakang.

“Ayu sayangkan Abang Haniff. Abang Haniff saja yang memahami diri Ayu. Tolonglah, Abang Haniff. Ayu merayu kepada Abang Haniff. Please, jangan tinggalkan Ayu...” sayu tutur kata Ayu itu. Air matanya sudah membasahi pipi putih bersihnya itu.

Please, Ayu. Abang perlukan masa untuk menenangkan jiwa. Abang harap Ayu faham. Kita dah tiada apa-apa hubungan lagi” perlahan Haniff merungkaikan pelukan Ayu dan melangkah pergi meninggalkan Ayu sendiri di sebuah pondok di tengah-tengah sawah padi.

“Redza, kau akan menyesal selepas ini kerana telah membuatkan Abang Haniff hilang kepercayaan terhadap aku. Kau tunggu sajalah waktunya. Aku akan membalas segala-galanya yang kau telah lakukan terhadap aku. Itu janji aku!” bicaranya sendiri di dalam hati.

****
“Tuk, tuk, tuk” Ayu mengetuk perlahan pintu rumahnya.

Kedengaran selak pintu rumah itu sedang dibuka oleh seseorang. “Hahh Ayu! Ingatkan siapalah tadi. Kamu ni dah tak reti nak bagi salam ke?” tutur ayahnya tegas.

“Maafkan Ayu, ayah” jawab Ayu perlahan. Kakinya mula mengorak langkah untuk menuju ke dalam biliknya.

“Kenapa dengan kamu ni? Muka nampak keruh saja. Ada masalah ke?” tanya ayahnya. Risau melihat riak wajah anak tunggalnya itu.

“Tak ada apa-apalah, ayah. Ayu penat sikit je hari ini”

“Ayu...” sapaan ayahnya itu membuatkan langkahnya terhenti untuk menuju ke biliknya.

“Ya, ayah” balasnya ringkas. Ayu benar-benar tiada mood nak berbual-bual dengan ayahnya. Ini semua disebabkan kejadian petang tadi.

Ayahnya melambai-lambai tangan ke arah sebagai isyarat menyuruh Ayu bersama-sama dengannya duduk di kerusi kayu di ruang tamu rumah itu. Ayu terus saja menuju ke arah kerusi kayu itu sebaik saja mendapat isyarat daripada ayahnya. Ayu perlahan-lahan melabuhkan punggungnya  untuk duduk di atas kerusi itu.

“Ayah nak beritahu kamu sesuatu ni. Perkara ni sangat-sangat penting untuk masa depan kamu, Ayu” tutur ayahnya bernada serius.

Hati Ayu mula diruntum rasa gelisah dan tertanya-tanya. “Masa depan? Kenapa tiba-tiba saja ayah mahu bercerita pasal masa depan aku ni?” bisik Ayu sendiri.

“Kenapa dengan masa depan Ayu? Ayu tak boleh nak sambung belajar ke ayah?” balas Ayu ingin tahu.

“Ada orang meminang kamu. Ayah tak berani nak bagi jawapannya sekarang. Ayah kena tanya tuan punya badan. Jadi, kamu setuju atau tidak?” sambung Haji Rahman.

“Huh!” jerit Ayu dengan mulut yang sedikit terlopong.

Rasa macam nak tercabut saja jantung Ayu bila dengan statement yang diberikan oleh ayahnya itu. “Ada orang datang meminang aku? Tapi siapa? Takkanlah Abang Haniff. Petang tadi pun dah macam perang dunia kedua saja. Haihh, tak mungkin... Tak mungkin...” Fikiran Ayu sudah merewang tanpa mempedulikan Haji Rahman di hadapannya.

“Ayu setuju atau tidak?” Kata-kata ayahnya itu membuatkan Ayu kembali sedar ke alam realiti.
“Nak setuju macam mana? Orang yang meminang Ayu pun Ayu tak kenal. Tak pernah jumpa. Lagipun Ayu perlukan masa untuk berfikir mengenainya. Ayu masih muda untuk berumahtangga. Ayah tahukan yang Ayu mahu mengejar cita-cita Ayu dahulu”

“Ayah faham situasi Ayu sekarang ini tetapi sebelum mata ayah ini terpejam buat selama-lama, ayah teringin nak menjadi wali kepada anak kesayangan ayah ni.” balas Haji Rahman sayu.

“Tapi ayah....”

“Ayu... Ajal maut itu di tangan Allah. Dengan keadaan kesihatan ayah yang tidak menentu ni, bila-bila masa saja ayah boleh pergi”

Air mata Ayu sudah berenang-renang di tubir matanya. Sayu mendengar luahan hati ayahnya itu. Rasa bersalah menerpa dirinya. Ayu segera melutut di hadapan ayahnya
.
“Ayah... Bagi Ayu sedikit masa untuk berfikir. Kalau Ayu dah ada jawapan, Ayu beritahu ayah secepat mungkin. InsyaAllah” perlahan Ayu menarik tangan ayahnya lalu mengucup lembut tangan yang penuh dengan kedut itu. Tiada apa yang perlu dia gelikan melakukan perbuatan itu.

“Baiklah. Ayah sedia menunggu jawapan kamu dan ayah berharap jawapan kamu itu tidak mengecewakan ayah ya, Ayu” tutur Haji Rahman perlahan.

“Hurmm, InsyaAllah ayah...” sambung Ayu.

Setelah selesai adegan antara ayah dan anak itu, Ayu meneruskan langkahnya menuju ke arah biliknya. Macam-macam jadi hari ini. Jumpa dengan mamat poyo, Abang Haniff salah sangka dengan aku dan tup,tup ada pula yang masuk meminang. Huh! Terasa berat kepalanya untuk memikirkannya. Ayu terus melangkah ke bilik air untuk mengambil wudu’.

Usai menunaikan solat Maghrib, Ayu merehatkan badannya di atas katil. Fikirannya masih teringat-ingat kejadian yang berlaku sepanjang hari itu.

“Terima kasih, awak. Saya tak sangka kita akan berjumpa kembali”

“Dasar perempuan yang sedar diuntung. Mulai hari ini, kita putus!”

“Baiklah. Ayah sedia menunggu jawapan kamu dan ayah berharap jawapan kamu itu tidak mengecewakan ayah ya, Ayu”

Satu per satu ayat-ayat itu menerjah fikirannya. Urghh! Tensionnya! “Redza si mamat poyo tu dah kembali dalam hidup aku. Abang Haniff tak habis-habis dengan cemburunya. Dan ayah pula, satu-satunya insan yang mencari kebahagiaan untuk anaknya” Ayu mengiringkan badannya ke arah tingkap biliknya.

Ayu ternampak sesuatu berwarna putih terselit di antara celah-celahan dinding kayu biliknya. Kelihatan seperti kertas yang dilipat-lipat. Lantas Ayu bangun untuk mengambil kertas itu lalu membukanya.

I may not be perfect..., but I love everything about you, AY...

I truly appreciate everything I have...

p/s: Jauh di mata dekat dalam doa ; I’ll see you when Allah let me, InsyaAllah.

Ayu tersenyum sendiri apabila melihat surat itu. “Pandai Abang Haniff nak pujuk aku. Thank you so much, Abang Haniff” bisik Ayu di dalam hati. Hatinya terlalu gembira mendapat surat sebegitu daripada Haniff. 

___________________________________________________________________

p/s: PART 2 insyaAllah akan diupdate dalam masa terdekat :) Doakan saya berjaya!

Love, Ain Amiena!

Thursday, 4 October 2012

Bab 3


"Hishh, kat mana nak letak benda ni?" rengus Redza.

Mata Redza masih mencari-cari tempat yang sesuai untuk meletakkan secret weaponnya. Dia harus cepat melakukan misinya itu sebelum terkantoi dengan si tuan rumah.

"Yes! Jumpa pun tempat yang sesuai." nada suara cuba dikawal. Dia meletakkan secret weaponnya itu dicelah-celah dinding kayu rumah itu dengan harapan 'si dia' dapat menjumpainya.

Tanpa disedari, perbuatannya itu sedang diperhatikan oleh si tuan rumah itu. "Cis! Ada orang nak skodeng anak dara aku nampaknya." getus hati si tuan rumah dengan nada yang agak tegang. "Siaplah kau kejap lagi aku kerjakan." sambungnya sambil tangan sudah mencapai sebatang ranting kayu yang agak besar dan panjang di halaman rumahnya. Kakinya melangkah menghampiri tubuh manusia durjana itu. Sesedap hati skodeng anak dara orang ya!

Setelah selesai melakukan misinya, Redza perlahan-lahan melangkah ke dalam semak berhampiran rumah itu. Risau dirinya dicekup oleh tuan rumah. Redza membongkokkan badannya ke dalam semak itu dengan berani. Namun belum sempat dia mengesotkan badannya jauh ke dalam semak, tubuhnya terasa ditarik oleh seseorang dari belakang. "Alamak!" hanya itu yang mampu terpacul dari mulutnya.

Tubuh Redza yang tidak seimbang hanya mengikut rentak si penariknya. Kemudian, tubuhnya jatuh terjelepok di atas tanah. "Aduh! Mampuslah aku lepas ni" keluh Redza di dalam hati.

"Berani kamu mengintai bilik anak pak cik. Kamu anak siapa?" riak muka Haji Rahman berubah pelik. Siapa   budak di hadapannya ini? Tak pernah nampak pun dalam kampung ini. Hurmmm, rasa curiga menguasai pemikiran Haji Rahman.

"Err... Saya sebenarnya... Urmmm.." Redza gugup. Apa yang perlu dikatakan? Otaknya seolah-olah gagal berfungsi dengan baik.

"Sebenarnya apa? Siapa kamu sebenarnya? Apa yang kamu mahu daripada anak pak cik?" ranting kayu itu dihalakan ke arah muka Redza. Dia harus menyiasat asal-usul budak ini sebelum melakukan apa-apa tindakan. Tapi kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia balun budak itu habis-habisan.

Redza cuba untuk membetulkan posisinya. "Saya minta maaf pak cik. Saya tak sengaja. Errmm, saya... Errmm, se..sebenarnya...” tergagap-gagap Redza menjawab

“Sebenarnya apa?!” teriak Haji Rahman dengan riak muka yang berkerut. Haihh budak ini memang cari pasal betul.

“Saya sebenarnya minat kat anak pak cik tu!" penuh spontan Redza menjawab. Dia agak terkejut mendengar teriakan Haji Rahman sebentar tadi. Redza menekup mulutnya. Aduh! Jahatnya mulut aku ini. Tapi dalam masa yang sama, Redza berasa sedikit lega kerana dapat meluahkan isi hatinya itu di hadapan Haji Rahman dan bukannya di hadapan Ayu. Harap-haraplah pak cik ini boleh simpan rahsia!

"Jadi kamu ni ada memendam perasaanlah kat anak pak cik. Pak cik ingatkan tapi ada orang nak ambil kesempatan kat Ayu. Risau pak cik dibuatnya. Hahaha.. Mari ikut pak cik masuk ke dalam rumah" tutur Haji Rahman sambil menghulurkan tangannya untuk membantu Redza bangun.

"Masuk ke dalam rumah? Nak buat apa pak cik?" tanya Redza. Kakinya sudah beriringan mengikut langkah kaki Haji Rahman.

"Adalah... Ikut saja pak cik" tutur Haji Rahman. Dia menepuk-nepuk bahu Redza. "Siapa nama kamu?"

"Hurmmm... Redza Firhad. Panggil saja Redza" balas Redza.

"Jom masuk ke rumah pak cik. Ada satu perkara yang pak cik nak bincang dengan kamu" Kenyataan yang dilontarkan oleh Haji Rahman sebentar tadi membuatkan hati berdegup laju. "Apa pula yang ayah Ayu nak bincang dengan aku ni? Lain macam saja bunyinya..." bisiknya di dalam hati. 

****
Kaki Ayu laju mengayuh pedal basikalnya mengarah ke sebuah simpang menghala ke rumahnya. "Macam mana pula aku boleh tertinggal handphone aku ni. Kalau ayah jumpa handphone tu, habislah dia selongkar mesej aku dengan Abang Haniff" keluhnya kerisauan.

Sejak kebelakangan ini, mood ayahnya tidak menentu. Mungkin dia masih curiga dengan Haniff selepas kejadian 2 tahun lepas? Ataupun dia tidak mahu melihat anaknya bahagia di samping orang yang bukan menjadi pilihan dia? Ahhh, buat sakit kepala saja fikirkan perkara yang seolah-olah tidak kesudahannya.

Ayu leka melayan perasaannya dan tiba-tiba, "Paapppp!" basikalnya melanggar sesuatu.

"Aduh!" kedengaran suara seseorang yang sedang dalam kesakitan. Matanya tertancap ke arah susuk tubuh seorang lelaki yang sudah berada di atas jalan tar itu. Dia melihat lelaki itu yang sedang memegang siku yang sudah berdarah. Ayu kaget. Lantas dia turun dari basikalnya dan melangkah ke arah lelaki tersebut.

“Awak tak apa-apa ke? Saya minta maaf” nada suara Ayu jelas menunjukkan kerisauan.

Lelaki itu hanya mengangguk perlahan. Namun, Ayu masih belum dapat melihat siapakah gerangan manusia yang sudah dia langgar sebentar tadi. Kasihan sungguh Ayu melihat kecederaan yang ditimpa lelaki tersebut.

Tangannya dihulurkan ke hadapan muka lelaki itu.“Mari saya bantu awak”

Lelaki itu menyambut tangannya untuk bangun. Mereka saling berpandangan. Otak mereka berdua seolah-olah berhenti buat seketika.

“Awak!” serentak mereka bersuara dan itu saja yang hanya keluar dari mulut mereka berdua.

****
Dua tahun lepas, di sebuah wakaf SMKDARY. Mine sedang menikmati dua keping  sandwich sardin yang dibawa dari rumah. Tiba-tiba bahunya dicuit oleh seseorang dari belakang. Haihhh, kacau saja orang nak makan. Mine menoleh ke belakang. “Aduh! mamat poyo ni lagi” keluh Mine di dalam hati.

“Hai, Mine budak cengeng. Tengah makan apa tu?” tegur Redza. Dia mencari tempat untuk duduk di sebelah Mine.

“Jangan sibuk la gigi besi. Aku menyampah tengok muka kau kat sini” balas Mine dengan riak muka menyampah.

“Aku ada surprise untuk kau tau…Jomlah teman aku, pergi kelas aku sekejap. Aku nak pergi ambil surprise kau tu” Tangannya sudah menggenggam kuat tangan Mine. “Mana boleh lepaskan ni, nanti melepas pula. Hehehehe” bisik Redza di dalam hati.

“Alaaa, kau mesti nak kenakan aku lagikan. Aku tak nak ikutlah!” jerit Mine. Dia dengan sepenuh tenaga cuba melepaskan tangannya dari genggaman Redza. Tapi usahanya itu sia-sia. Genggaman Redza terlalu kuat. Redza mendekatkan badannya ke belakang badan Mine.

“Mine…” Redza berbisik di telinga Mine. Nada suaranya yang menggoda mampu memukau mana-mana saja perempuan. Meremang bulu tengkuk Mine apabila diperlakukan sebegitu. Genggaman Redza semakin kuat. Berdebar-debar jantung Mine dibuatnya.

“Mari ikut aku sekarang. Kita pergi ke dalam kelas aku” sambung Redza. Redza menarik tangan Mine supaya mengikuti langkahnya. Mine langsung tidak membantah tindakan Redza itu.

Sebaik saja sampai di hadapan kelas 5 AS1, Redza melepaskan genggamannya dari tangan Mine. Mine melihat dari luar pintu kelas, ada beberapa orang pelajar kelas tersebut sedang duduk berbual-bual kosong.

“Kau tunggu kat luar kelas ni. Aku nak pergi ambil surprise untuk kau tu” tutur Redza.

Mine hanya menganggukkan kepalanya seperti burung belatuk. Redza masuk ke dalam kelas dan dengan selambanya terus mengambil tempat di sebelah kawan baiknya, Haris. Terkedu Mine sebentar. “Tadi dia kata nak bawakan surprise untuk aku? Eh, entah-entah dia nak jadikan aku bahan permainan dia tak? Tak boleh jadi ni...” bisik Mine perlahan.

“Woi, Redza! Kau ni cuba nak main-mainkan aku ya?” teriak Mine dari luar kelas itu.

“Apasal pula aku nak main-mainkan kau? Eeeee, perasan gila” balas Redza dengan muka selamba.

“Ishhh... Mamat poyo ni memang nak kenalah! Siaplah aku kerjakan kau nanti!” rengus Mine di dalam hati. Tangannya sudah membentuk buku lima. Tunggu masa saja nak mendarat di muka mamat poyo itu. Sudah tidak dapat dikawal perasaan membara-bara di dalam hati. Tanpa memandang kiri dan kanan, Mine terus melulu masuk ke dalam kelas itu.

Yes, dah mengena!” tutur Redza sambil tersenyum nakal.

Suprise!!!” jerit semua yang ada di dalam kelas itu. Debu-debu putih halus memenuhi diri Ayu.

Mine merasa dirinya sudah dipenuhi dengan tepung. Dia memandang ke arah bahagian atas pintu kelas itu. Ada sebuah baldi yang sudah kosong di situ. Mungkin sebelum ini, baldi itulah yang menempatkan tepung itu.  Pandangan Mine beralih ke arah Redza yang sudah ketawa terbahak-bahak di sebelah Haris. Kelas itu bergema dengan gelak tawa kawan-kawan Redza dan ada juga pelajar dari kelas lain yang melalui di hadapan kelas itu. Sungguh memalukan!

Muka Mine sudah merona merah. Tidak sangka akan dimalukan sebegini rupa. Tubir matanya sudah berenang-renang dengan air mata. Lantas, kaki Mine melangkah laju keluar dari tempat yang memberi kenangan yang sungguh pahit itu.

****
“Ouchh!” Redza menjerit kesakitan apabila Ayu mengelap sikunya yang berdarah itu dengan tisu basah yang dibeli di kedai Mak Esah sebentar tadi.

“Padan muka!” jawab Ayu dengan nada yang mengejek.

Perasaan Redza ketika itu sukar digambarkan. Rasa gembira, terharu dan sakit dalam masa yang sama. Tidak sangka yang dia dapat bersua muka sekali lagi dengan Ayu. Dia sangat merindui wajah itu.

Sedang Ayu mengelap lukanya itu, mata liar memandang ke wajah Ayu. Dari dahi sampailah ke dagu. Kulit putih, bibir yang kemerah-merahan, hidung yang mancung... Oh sama seperti dahulu. Tidak secalit perubahan pun di wajahnya.

Ayu mula berasa tidak selesa apabila Redza memandangnya begitu dalam. “Nah! Lap sendiri. Saya nak balik dulu.” Ayu bangun dari situ. Namun belum sempat dia melangkah, tangannya sudah ditarik dari belakang.

Ayu menoleh lalu memandang ke arah Redza yang masih berdiri kaku sambil memegang tangannya. “Saya nak baliklah!’ rengus Ayu.

“Terima kasih, awak. Saya tak sangka kita akan berjumpa kembali” tutur Redza. Tangannya menggenggam kemas tangan Ayu yang lembut itu.

“Ishh, lepaskanlah!” rengus Ayu sambil menolak tubuh sasa Redza. Ayu mengusap tangannya yang sakit akibat digenggam kuat oleh Redza tadi. Redza memandang Ayu dengan penuh rasa bersalah. Redza tahu yang dia terlalu kuat genggamannya sebentar tadi. Dia terlalu megikut perasaan.

“Ok, sama-sama. Boleh saya balik sekarang?” sambung Ayu.

“Awak dah tak ingat saya ke?” tutur Redza tanpa menjawab soalan Ayu.

“Kalau aku tak ingat pun, ada aku kisah? Kau tak penting pun dalam hidup aku” balas Ayu selamba.

Hati Redza bagaikan disiat-siat dengan pisau apabila Ayu berbicara sebegitu. “Dia bukan seperti Ayu yang aku kenal. Ayu benar-benar sudah berubah” bisik hatinya.

For your information, kau dah tak ada dalam kamus hidup aku. Fullstop!” luah Ayu. Redza terdiam kaku. Tidak mampu membuka mulut dan melakukan apa-apa lagi untuk memulihkan keadaan.

Hati Ayu kini sudah mula berombak. Fikirannya mula mengingati peristiwa-peristiwa yang tidak sepatutnya diingati. Ayu memejamkan matanya sebentar sebelum mengorak langkah untuk pulang ke rumah.

Ayu memusingkan badannya membelakangi Redza yang masih diam itu. Namun, Ayu sedikit terkejut apabila melihat sebuah tubuh yang berada di hadapannya. Insan yang amat dia dikenali.

“Abang Haniff...” itu saja kata-kata yang sempat keluar dari mulut Ayu.

Pantas Haniff menarik kuat tangan Ayu lalu beredar dari tebing sungai itu.


p/s: Minta maaf banyak-banyak sebab sangat lambat update entry + pendeknya~~...btw, Enjoy reading this chapter yeaahh!

Love, Ain Amiena