Ayu
Yasmine. Gadis yang ayu sesuai dengan nama yang diberi oleh ayahnya, Haji
Rahman. Namun, Ayu Yasmine tidak pernah mahu mengikut kehendak ayahnya supaya
dia berkahwin dengan lelaki pilihan ayahnya. Baginya, Haji Rahman tidak pernah
memikirkan perasaannya. Bukannya Haji Rahman tidak tahu bahawa anaknya
mempunyai kekasih hati iaitu Haniff Haikal. Tetapi hati kecil Haji Rahman merasakan
Haniff mempunyai niat yang tidak baik terhadap anak tunggalnya itu. Tiba-tiba
dia teringat kata-kata arwah isterinya yang telah meninggal dunia 9 tahun lepas
ketika itu Ayu baru sahaja berumur 10 tahun.
“Abang
Man, Mah rasa tidak sedap hati melihat kemesraan Ayu dengan Haniff tu. Bukannya
kita tak tahu yang Haniff tu 6 tahun lebih tua dari Ayu. Mah takut Haniff
simpan niat yang tidak baik terhadap Ayu.” Jelas nada kerisauan Hajah Rosmah.
“Mah
bukan tak tahu perangai si Ayu tu. Mana nak dengar cakap kita. Kata dia saja
yang betul. Kata kita langsung tidak dipedulikan. Mah jangan risau. Abang
takkan biarkan perkara ni berlarutan. Abang akan halang hubungan mereka. Itu
janji abang, Mah.”
“Ayah
tak boleh halang hubungan Ayu dengan Abang Haniff!”
Kata-kata
Ayu itu membuatkan Haji Rahman tersedar kembali ke alam realiti. Aduh! Sungguh
keras hati anaknya itu.
“Ayah
tidak mahu ada perkara buruk terjadi kat Ayu. Ayu kan satu-satunya anak ayah
dan arwah umi. Ayah risau dengan hubungan Ayu dan Haniff tu. Macam-macam cerita
tidak baik ayah dengar pasal Haniff tu. Ayah takut Ayu kena.....”
Haji
Rahman cuba mencari ayat untuk meyakinkan Ayu.
“Kena
apa? Kena jual kat KL? Ayah jangan mudah percaya dengan kata-kata orang kampung
ni. Mereka tu semua iri hati melihat hubungan Ayu dengan Haniff. Hanya
disebabkan Haniff menolak untuk berkahwin dengan anak-anak gadis mereka, mereka
mulalah buat cerita buruk pasal Haniff. Haniff tu kat KL kerja ‘bapak ayam’ la,
‘merompak’ la, ‘tokan dadah’ la. Lepas ni apa pula? Sudah-sudah la tu ayah. Don’t judge a book by its cover, ayah.”
Haji
Rahman terdiam mendengar kata-kata anaknya. Tidak sangka yang anaknya telah
buta menilai sifat Haniff. Ya Allah, Engkau berilah petunjukMu kepada anakku
ini. Perlahan Haji Rahman berbisik dalam hatinya. Haji Rahman sudah malas mahu
berdebat dengan anaknya yang keras kepala itu. Haji Rahman berdiri membelakangi
anaknya yang sedang duduk di salah satu kerusi kayu di rumah pusakanya itu.
“Ayu
jangan menyesal suatu hari nanti. Ayu ingat, ayah tetap tidak akan merestui
hubungan Ayu dengan Haniff dan ayah akan menjodohkan Ayu dengan lelaki pilihan ayah.
Keputusan ayah muktamad.”
Mulut Ayu sedikit terbuka mendengar kata-kata ayahnya itu. Ayu ditinggalkan di ruang tamu rumah itu tanpa dapat menyuarakan perasaan yang
sedang bergelora. Haji Rahman melangkah perlahan ke arah biliknya. ‘Pilihan
aku?’ Siapa pula yang menjadi pilihan aku untuk dijodohkan kepada anakku? Bisik
hatinya sendiri. Terserlah riak kerisauan di wajahnya.
***
"Beep, beep"
Ayu sedikit terkejut apabila mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Segera dia bangun dari katilnya untuk mengambil telefon bimbit di atas meja solek.
Haniff Haikal. Itulah yang tertera di skrin telefonnya.
Ayu tersenyum sendiri. Senyuman sampai ke
telinga tu!
Hai sayangku Ayu! Jom
jumpa di tebing sungai. Dah lama abang tak jumpa Ayu. I miss you so much. Abang
nak jumpa Ayu sekarang. :)
"Abang Haniff rindu aku?" tuturnya perlahan. Dalam hati, Ayu rasa macam nak lompat tingkap rumah saja apabila mendapat mesej yang dihantar oleh Haniff sebentar tadi. Tapi.... Keluar berjumpa dengan Abang Haniff? Macamlah ayah bagi aku keluar dengannya. Haihh, Abang Haniff. Demi dirimu sanggupku redah ayahku itu! Permintaan Abang Haniff itu penting! Tapi macam mana nak lepaskan diri dari ayah? Pantas Ayu menaip punat telefon bimbitnya.
Sekarang? Ala... Ayu
susah nak keluarlah sekarang. Ayah tu takkan bagi Ayu keluar dengan Abang
Haniff. :(
Ok send! "Harap-haraplah Abang Haniff boleh bagi idea macam mana nak keluar rumah ini." tutur Ayu seakan-akan mati akal untuk mencari alasan. Telefonnya sekali lagi berdering.
Ala... Pandai-pandai la
Ayu tipu dia. Cakap la pergi kedai ke, pergi rumah Marissa ke. Abang Haniff nak
sangat jumpa Ayu sekarang. Ada benda abang nak beritahu. Something special. ;)
Special? Okey jumpa Ayu
kat tebing sungai ye. I <3 you, Abang Haniff
:)
Apalah
yang special sangat Abang Haniff nak
beritahu aku ini. Mahu melamar aku ke? Eh, sampai ke situ pula fikiran aku ini.
Bisiknya sendiri. Macam-macam sudah difikirkan oleh Ayu.
Tapi
bagaimana nak keluar ni? Ayah mesti tak bagi aku keluar. Ahh! Bagaimana pun
caranya, aku kena juga lepas dari rumah ini. Abang Haniff sudah menunggu aku.
Ayu
perlahan-lahan melangkah keluar dari biliknya. Tanpa disedari, ayahnya sudah
berada di belakang lalu menyergahnya.
“Hah!
Ayu nak ke mana?”
Ayu
kaget dan terdiam seketika namun kepalanya ligat mencari idea untuk melepaskan
diri daripada ayahnya. Pantas dia membalas sergahan ayahnya itu.
“Urmmm,
Aa..yyuu.. Urmm..” Aduh kenapalah otakku begitu lembab mencari alasan.
“Kamu
mahu ke mana?” Sekali lagi Haji Rahman bertanya. Musykil.
“Ayu
nak pergi ke kedai, ayah. Nak beli biskut kering.”
Riak
muka tenang cuba dibuat-buat. Tak nak kantoi la kononnya.
“Biskut
kering? Setahu ayah la, biskut memang la kering.” Balas Haji Rahman.
Aduh!
Lurus bendul juga ayah aku ini. Mungkin ayahnya belum pernah mendengarkan
istilah ‘biskut kering’. Ayu tidak dapat menahan lagi tawanya.
Haji
Rahman masih keliru, “Salah ke apa yang ayah cakap?”
“Biskut
kering tu sebulan sekali je Ayu guna. Lagi satu, biskut kering tu orang
perempuan je yang guna. Faham?”
Haji
Rahman masih diam namun otaknya masih ligat memikirkan ‘biskut kering’.
“Ok
la. Ayu nak pergi dulu. Nanti tutup pula kedai Mak Esah tu.”
Ayu
meminta diri kepada ayahnya yang masih terpinga-pinga mengenai ‘biskut kering’
yang diungkapkan oleh anaknya itu.
****
Seorang lelaki yang bert-shirt warna biru setia menunggu seseorang di tebing sungai Kampung Teluk Bakong. Tampak riak wajahnya yang berkerut seperti orang yang hilang isteri. Dari jauh Ayu melihat Haniff sedang bersila di atas tebing sungai itu. Wajah yang amat dia rindui. Lelaki yang berkulit sawo matang, berbadan tegap dan wajah yang agak kacak membuatkan ramai gadis kampung tergila-gilakannya.
"Abang Haniff!" Ayu menepuk lembut bahu Haniff. Perkara itu membuatkan Haniff sedikit terkejut.
"Kenapa lambat?" Riak muka yang berkerut tadi
cuba dimaniskan. Maklumlah depan kekasih hati.
"Ayu minta maaf. Abang bukannya tak kenal perangai
ayah Ayu tu macam mana. Susah sangat nak bagi Ayu keluar. Macam-macam yang akan
dia tanya Ayu tau." balas Ayu sambil membuat muka simpati.
"Takpelah. Abang Haniff faham." balas Haniff
dengan nada suaranya sedikit tegas.
"Apa yang specialnya
Abang Haniff beritahu tadi? Ayu dah tak sabar nak dengar." Ayu mula
membuka bicara yang menjadi persoalan di dalam hatinya.
Meronta-ronta hatinya ingin mengetahui perkara yang akan
disampaikan oleh Haniff. Ahh, tidak sabarnya Ayu ingin mendengarnya.
"Amboi tak sabarnya sayang abang ini." balas
Haniff. Dia dapat membaca riak Ayu yang sedikit kelihatan gubra.
"Ok. Straight to the point. Sebenarnya abang nak Ayu
jadi...." sambung Haniff tetapi kata-katanya itu tiba-tiba tidak dapat
diluahkan. Seperti ada sesuatu yang tersekat di tekaknya untuk meneruskan
kata-kata.
"Abang nak Ayu jadi apa? Pembantu abang?" pintas
Ayu lurus.
"Bukan setakat pembantu je. Lebih dari itu Ayu."
Senyuman nakal di wajah Haniff mula terukir. Manakala otak
Ayu mula tertanya-tanya. 'Lebih dari itu?' Apa yang Abang Haniff cuba beritahu
aku ini?
"Hurmmm... Errr... Abang nak Ayu menjadi isteri
abang." Akhirnya, lepas juga apa yang terbuku di dalam hatinya. Huh! Lega.
Ayu terdiam seketika. Tidak salah la apa yang dia fikirkan
selama ini. Perasaan di hati kini gembira yang tidak terhingga. Impiannya untuk
membina mahligai bersama-sama Abang Haniff menjadi kenyataan.Tubir matanya
sudah berair. Terharu.
"Ayu menangis ke sayang?" balas Haniff apabila
melihat air muka Ayu seolah-olah mahu menangis. Dia tahu Ayu sudah cair dengan
ayat-ayat manisnya sebentar tadi. Sudah masuk perangkap, bisik hati jahatnya.
" Ayu sudi menerima Abang Haniff tapi...."
Tiba-tiba Ayu teringat pesan ayahnya.
Ayu jangan menyesal suatu hari nanti. Ayu ingat, ayah tetap
tidak akan merestui hubungan Ayu dengan Haniff dan ayah akan menjodohkan Ayu
dengan lelaki pilihan ayah. Keputusan ayah muktamad.
"Kenapa? Ayu risau Abang Haniff tak boleh bahagiakan
Ayu. Yakinlah Ayu. Abang Haniff serius mahu berkahwin dengan Ayu. Kita akan
tempuhi cabaran hidup bersama-sama. Itu janji abang." kemas jari-jemarinya
menggenggam jari-jemari Ayu. Haniff harus meyakinkan Ayu demi meneruskan agenda
jahatnya.
"Tapi ayah Ayu tu. Dia takkan merestui hubungan kita.
Dia mahu menjodohkan Ayu dengan lelaki pilihannya." Nada suara Ayu semakin
perlahan. Dia amat menyayangi Abang Haniff. Tapi Ayu juga sayangkan ayahnya.
Ayu perlu menjaga kedua-dua hati insan yang amat disayangi.
"Abang akan berusaha memujuk ayah Ayu. Kalau dia tak
bagi kita kahwin, kita lari dari kampung ini. Lepas tu, kita
kahwin."
Haniff tahu yang idea itu agak gila. Apa yang penting
baginya ialah Ayu harus jatuh ke tangannya. Ayu akan membawa keuntungan besar
nanti di KL. Haniff memang lama sudah menyimpan niat jahatnya itu. Jadi, dia
harus melaksanakannya!
Tanpa mereka berdua sedari, di sebalik semak berdekatan
tebing sungai itu, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan tingkah laku
mereka dengan perasaan yang membara-bara. Habislah Ayu!
p/s: sorry ada font yang terkecil.. comment la kalau saya punya cerita kurang bagus.. saya akan cuba memperbaiki penulisan saya... saya budak baru belajar :P
No comments:
Post a Comment
Yang baik hati nak komen :)