Sunday, 14 October 2012

Bab 4 Part 2


****
Selepas selesai saja solat Subuh, Ayu dengan pantas mencapai telefon bimbitnya di atas meja soleknya. Ayu menekan punat telefon bimbitnya itu untuk mendail nombor telefon Haniff. Dia harus mengucapkan terima kasih kepada Haniff kerana berjaya memujuk hati semalam walaupun ada sedikit pertelingkahan berlaku di antara mereka.

“Trittt! Trittt!” hanya itu yang kedengaran di telinga Ayu. Masih tiada sebarang jawapan daripada si penerima.

“Hurmmm, mungkin Abang Haniff masih tidur lagi kot. Ataupun mandi ni. Kalau begitu, aku try call 10 minit lagilah” tutur Ayu untuk menyedapkan hatinya.

Matanya memandang ke arah jam dinding yang melekap di dinding kayu biliknya itu. “Sudah pukul 7 pagi. So, pukul 7.10 nanti call baliklah” Ayu melangkah menuju ke tingkap biliknya untuk menyedut udara nyaman pada pagi itu.

Permandangan kawasan kampung yang indah pada pagi itu sedikit terganggu apabila dia melihat ayahnya sedang berbual-bual dengan seseorang tetapi malangnya Ayu tidak dapat melihat insan itu kerana ada sebatang pokok pisang yang menghalang sebahagian tubuh insan itu.

“Ayah kelihatan begitu gembira berbual dengan orang itu. Siapa eh agaknya yang sedang berbual dengan ayah tu? Hurmmm,  yang peliknya kenapa mereka tidak berbual-bual di dalam rumah atau pondok kecil di tepi rumah ini” hati Ayu semakin tertanya-tanya.

“Hurmmm, lebih baik aku pergi keluar dan tengok sendiri siapakah orang yang sedang berbual sakan dengan ayah aku tu”

Namun belum sempat Ayu melangkah keluar dari biliknya, telefon bimbitnya mula berdering. “Trittt! Trittt!” Segera Ayu menekan punat berwarna hijau dan menghalakan telefon itu ke telinga kirinya.

“Hello, Assalammualaikum.”

“Hello, apasal kau missed call aku pagi-pagi buta ni? Nak cari masalah lagi atau nak bincang pasal kejadian semalam? Kalau pasal perkara itu, aku tak berminatlah nak dengar. Faham! Dah, dah... Aku nak sambung tidur” pintas Haniff laju.

“Jap, jap, Abang Haniff. Ayu ada satu perkara nak tanya abang sebentar” balas Ayu perlahan. Ayu sebenarnya sedih kerana panggilan ‘sayang’ yang selalu diucapkan oleh Haniff seperti kebiasaan seolah-olah sudah pupus dari ingatan Haniff.

“Apa lagi?”

“Abang ada hantar surat tak kat Ayu semalam?” tutur Ayu yang ingin kepastian.

“Buat apa aku nak berhantar-hantar surat dengan kau? Bukankah semalam kau sibuk berasmaradana dengan jantan mana entah kat tebing sungai tu. Dah lupa ke? Lagipun buang masa sajalah hantar surat kat perempuan yang tak pernah rasa diuntung macam kau”

“Abang Haniff... Sampai hati abang cakap macam itu kat Ayu. Ayu tahu Ayu banyak menyakiti hati abang”

“Kau baru sedar ke Ayu? Hah! Kau baru nak sedar yang kau banyak menyakiti hati aku? Sudahlah Ayu. Aku dah malas nak dengar pujuk rayu kau yang takkan pernah habis tu” jerit Haniff di dalam panggilan itu dan terus mematikan talian.

Muka Ayu sudah masam mencuka. Tiada apa yang dapat Ayu katakan lagi. Haniff memang keras kepala. Susah untuk dibawa berbincang. Urgghh! Kusut fikiran Ayu sekarang ini. Ini semua salah si mamat poyo tu.

“Ish! Benci! Benci! Benci!” jerit Ayu sehingga suaranya kedengaran di beranda rumah itu.

Hampir terhenti seketika jantung Haji Rahman yang sedang melangkah masuk ke dalam rumahnya apabila mendengar jeritan Ayu. Pantas kakinya menuju ke arah bilik anaknya itu. “Kenapa pula si Ayu tu? Mengigau ke?” bisik Haji Rahman di dalam hati.

Sebaik saja sampai di hadapan pintu bilik anaknya, tangan Haji Rahman terus mengetuk perlahan pintu bilik itu. “Ayu... Kamu tak apa-apa ke kat dalam tu?”

Tiada sebarang respon daripada Ayu. “Boleh tak ayah nak masuk ke dalam sebentar? Ada benda yang ayah nak bincang dengan kamu ni”

Sekali lagi pertanyaan Haji Rahman tidak dibalas oleh Ayu. Tiba-tiba pintu bilik itu dikuak daripada dalam. Namun Ayu tidak muncul di muka pintu itu. Tanpa membuang masa, Haji Rahman masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan wajah Ayu yang sedikit murung dan matanya sudah merah.

“Boleh ayah duduk di sebelah Ayu?” tanya Haji Rahman. Dia tidak mahu bertanyakan kepada Ayu kenapa dia menjadi sebegitu rupa. Tidak mahu menambahkan kemarahan anaknya itu.

Ayu hanya mengangguk perlahan. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Tidak mahu ayahnya melihat mukanya yang agak murung ketika itu.

“Baiklah. Ayah cakap terus-terang jelah. Tadi, orang yang datang meminang kamu tu tanya kat ayah pasal kamu setuju atau tidak menerima dia dalam hidup kamu. Ayah tak berani nak memberi jawapannya. Semua terpulang kepada Ayu”

“Kan Ayu dah cakap kat ayah, berikan sekidit masa untuk Ayu berfikir mengenainya” balas Ayu perlahan.

“Bukan apa anakku sayang... Dia nak jawapan daripada Ayu dalam masa yang terdekat ini. Dia nak buat persediaan awal. Kalau Ayu tidak mahu menerimanya, nanti ayah cakap dengan dia ya” sambung Haji Rahman. Dia sebenarnya tidak berani untuk memaksa Ayu menerima pinangan itu. Takut hidup Ayu tidak akan bahagia dengan insan yang anaknya tidak cintai itu.

Suasana bilik itu diam seketika setelah Haji Rahman menghabiskan bicaranya. Ayu pula masih termenung memikirkan hal itu. Masih melayan perasaannya yang tengah membara-bara dengan perangai si Haniff sebentar tadi.

“Buat apa aku nak percaya perempuan murahan macam kau ni. Huh!” Ayat yang dituturkan oleh Haniff itu masih terngiang-ngiang di dalam fikiran Ayu.

“Pilihlah insan yang mencintai kita bukannya insan yang sudi mencintai kita...” tutur Haji Rahman lalu berdiri. Kakinya dihayun menuju keluar dari bilik itu.

“Ayah! Ayu sudi menerimanya!” pantas Ayu bersuara.

Haji Rahman menoleh ke arah anaknya. Senyumannya kini tidak dapat disembunyikan lagi. Hatinya kini amat gembira kerana akhirnya Ayu sudi menerima pinangan itu.

“Alhamdulillah!” balas Haji Rahman. Namun di dalam hati Haji Rahman kini sedang berbisik, “Anak aku dah terima lelaki pilihan aku! Hehehe...” Senyuman terukir di wajahnya.

__________________________________________________________________

p/s: Alhamdulillah, siap jugak bab 4 ni... Hurrrmmm. Maybe dalam 2-3 minggu ni, saya busy sikit sebab tengah mempersiapkan diri dengan Final Examination saya.. Doakan saya dapat menjawab exam dengan jayanya, okay? :) Bab 5? InsyaAllah, saya akan berusaha menaipnya ;)

Love, Ain Amiena 


No comments:

Post a Comment

Yang baik hati nak komen :)