“Abang Haniff tak
sangka Ayu sanggup menduakan abang!” jerit Haniff.
Mata Ayu terpejam rapat apabila mendengar jeritan Haniff itu. Perasaan takut dan bersalah menerpa ke dalam dirinya.
Jari-jemari tangan sebelah kanan dan kirinya menggenggam kuat. Mengharapkan
Ilahi memberi kekuatan kepadanya untuk menghadapi Haniff yang seperti gunung
berapi yang akan meletus pada bila-bila masa.
“Abang Haniff,
maafkanlah Ayu. Ayu dengan dia tiada apa-apa hubungan yang istimewa pun” balas
Ayu perlahan.
“Kalau tiada hubungan
istimewa, takkanlah nak berpegang-pegang macam tadi. Siap berjumpa kat tebing
sungai lagi tu” perli Haniff.
“Kami berjumpa secara
tidak sengaja. Lagipun dia tu senior Ayu masa sekolah menengah dulu. Percayalah
apa yang Ayu katakan, Abang Haniff” rayu Ayu.
“Wah, Wah, Wah....
Senior ke boyfriend?” sindir Haniff lagi.
“Abang Haniff,
percayalah... Ayu hanya menyayangi Abang Haniff. Hati Ayu hanya untuk abang
seorang saja. Ayu tidak akan pernah menduakan abang Haniff” rintih Ayu. Air
matanya sudah tidak dapat dibendung lagi. Hatinya dihimpit rasa kesal yang amat
mendalam.
“Buat apa aku nak
percaya perempuan murahan macam kau ni. Huh!”
“Panggg!” satu
tamparan hinggap di muka Haniff. Terkaku sebentar seluruh anggota badan Haniff.
Buat pertama kalinya, dia ditampar oleh seorang perempuan. Cis, tak guna punya
betina!
Ayu sedar bahawa
perbuatannya itu telah melampaui batas. “Maafkan Ayu, Abang Haniff. Ayu terlalu
mengikut perasaan. Abang Haniff kena dengar penjelasan Ayu dulu” nada suara Ayu
cuba memujuk.
Ayu cuba untuk
mengusap pipi Haniff yang ditamparnya sebentar tadi tetapi tangannya ditepis
kuat oleh Haniff. “Dasar perempuan yang sedar diuntung. Mulai hari ini, kita
putus!” teriak Haniff tanpa berfikir lagi. Deruan nafasnya kencang. Tidak
sangka dia akan dipermainkan oleh Ayu, si budak kampung itu.
Haniff memusingkan
badannya untuk melangkah pergi dari situ. Malas hendak melihat wajah Ayu yang
akan lebih menaikkan suhu kemarahannya saja. Tiba-tiba tubuhnya seperti dipeluk
kuat oleh seseorang daripada belakang.
“Ayu sayangkan Abang
Haniff. Abang Haniff saja yang memahami diri Ayu. Tolonglah, Abang Haniff. Ayu
merayu kepada Abang Haniff. Please,
jangan tinggalkan Ayu...” sayu tutur kata Ayu itu. Air matanya sudah membasahi
pipi putih bersihnya itu.
“Please, Ayu. Abang perlukan masa untuk menenangkan jiwa. Abang
harap Ayu faham. Kita dah tiada apa-apa hubungan lagi” perlahan Haniff
merungkaikan pelukan Ayu dan melangkah pergi meninggalkan Ayu sendiri di sebuah
pondok di tengah-tengah sawah padi.
“Redza, kau akan
menyesal selepas ini kerana telah membuatkan Abang Haniff hilang kepercayaan
terhadap aku. Kau tunggu sajalah waktunya. Aku akan membalas segala-galanya
yang kau telah lakukan terhadap aku. Itu janji aku!” bicaranya sendiri di dalam
hati.
****
“Tuk, tuk, tuk” Ayu
mengetuk perlahan pintu rumahnya.
Kedengaran selak
pintu rumah itu sedang dibuka oleh seseorang. “Hahh Ayu! Ingatkan siapalah
tadi. Kamu ni dah tak reti nak bagi salam ke?” tutur ayahnya tegas.
“Maafkan Ayu, ayah”
jawab Ayu perlahan. Kakinya mula mengorak langkah untuk menuju ke dalam
biliknya.
“Kenapa dengan kamu
ni? Muka nampak keruh saja. Ada masalah ke?” tanya ayahnya. Risau melihat riak
wajah anak tunggalnya itu.
“Tak ada apa-apalah,
ayah. Ayu penat sikit je hari ini”
“Ayu...” sapaan ayahnya
itu membuatkan langkahnya terhenti untuk menuju ke biliknya.
“Ya, ayah” balasnya
ringkas. Ayu benar-benar tiada mood
nak berbual-bual dengan ayahnya. Ini semua disebabkan kejadian petang tadi.
Ayahnya
melambai-lambai tangan ke arah sebagai isyarat menyuruh Ayu bersama-sama
dengannya duduk di kerusi kayu di ruang tamu rumah itu. Ayu terus saja menuju
ke arah kerusi kayu itu sebaik saja mendapat isyarat daripada ayahnya. Ayu
perlahan-lahan melabuhkan punggungnya
untuk duduk di atas kerusi itu.
“Ayah nak beritahu
kamu sesuatu ni. Perkara ni sangat-sangat penting untuk masa depan kamu, Ayu”
tutur ayahnya bernada serius.
Hati Ayu mula
diruntum rasa gelisah dan tertanya-tanya. “Masa depan? Kenapa tiba-tiba saja
ayah mahu bercerita pasal masa depan aku ni?” bisik Ayu sendiri.
“Kenapa dengan masa
depan Ayu? Ayu tak boleh nak sambung belajar ke ayah?” balas Ayu ingin tahu.
“Ada orang meminang
kamu. Ayah tak berani nak bagi jawapannya sekarang. Ayah kena tanya tuan punya
badan. Jadi, kamu setuju atau tidak?” sambung Haji Rahman.
“Huh!” jerit Ayu
dengan mulut yang sedikit terlopong.
Rasa macam nak
tercabut saja jantung Ayu bila dengan statement
yang diberikan oleh ayahnya itu. “Ada orang datang meminang aku? Tapi siapa?
Takkanlah Abang Haniff. Petang tadi pun dah macam perang dunia kedua saja.
Haihh, tak mungkin... Tak mungkin...” Fikiran Ayu sudah merewang tanpa
mempedulikan Haji Rahman di hadapannya.
“Ayu setuju atau
tidak?” Kata-kata ayahnya itu membuatkan Ayu kembali sedar ke alam realiti.
“Nak setuju macam
mana? Orang yang meminang Ayu pun Ayu tak kenal. Tak pernah jumpa. Lagipun Ayu
perlukan masa untuk berfikir mengenainya. Ayu masih muda untuk berumahtangga.
Ayah tahukan yang Ayu mahu mengejar cita-cita Ayu dahulu”
“Ayah faham situasi
Ayu sekarang ini tetapi sebelum mata ayah ini terpejam buat selama-lama, ayah
teringin nak menjadi wali kepada anak kesayangan ayah ni.” balas Haji Rahman
sayu.
“Tapi ayah....”
“Ayu... Ajal maut itu
di tangan Allah. Dengan keadaan kesihatan ayah yang tidak menentu ni, bila-bila
masa saja ayah boleh pergi”
Air mata Ayu sudah
berenang-renang di tubir matanya. Sayu mendengar luahan hati ayahnya itu. Rasa
bersalah menerpa dirinya. Ayu segera melutut di hadapan ayahnya
.
“Ayah... Bagi Ayu
sedikit masa untuk berfikir. Kalau Ayu dah ada jawapan, Ayu beritahu ayah
secepat mungkin. InsyaAllah” perlahan Ayu menarik tangan ayahnya lalu mengucup
lembut tangan yang penuh dengan kedut itu. Tiada apa yang perlu dia gelikan
melakukan perbuatan itu.
“Baiklah. Ayah sedia
menunggu jawapan kamu dan ayah berharap jawapan kamu itu tidak mengecewakan
ayah ya, Ayu” tutur Haji Rahman perlahan.
“Hurmm, InsyaAllah
ayah...” sambung Ayu.
Setelah selesai
adegan antara ayah dan anak itu, Ayu meneruskan langkahnya menuju ke arah
biliknya. Macam-macam jadi hari ini. Jumpa dengan mamat poyo, Abang Haniff
salah sangka dengan aku dan tup,tup ada pula yang masuk meminang. Huh! Terasa berat
kepalanya untuk memikirkannya. Ayu terus melangkah ke bilik air untuk mengambil
wudu’.
Usai menunaikan solat
Maghrib, Ayu merehatkan badannya di atas katil. Fikirannya masih teringat-ingat
kejadian yang berlaku sepanjang hari itu.
“Terima kasih, awak.
Saya tak sangka kita akan berjumpa kembali”
“Dasar perempuan yang
sedar diuntung. Mulai hari ini, kita putus!”
“Baiklah. Ayah sedia
menunggu jawapan kamu dan ayah berharap jawapan kamu itu tidak mengecewakan
ayah ya, Ayu”
Satu per satu
ayat-ayat itu menerjah fikirannya. Urghh! Tensionnya!
“Redza si mamat poyo tu dah kembali dalam hidup aku. Abang Haniff tak
habis-habis dengan cemburunya. Dan ayah pula, satu-satunya insan yang mencari
kebahagiaan untuk anaknya” Ayu mengiringkan badannya ke arah tingkap biliknya.
Ayu ternampak sesuatu
berwarna putih terselit di antara celah-celahan dinding kayu biliknya.
Kelihatan seperti kertas yang dilipat-lipat. Lantas Ayu bangun untuk mengambil kertas
itu lalu membukanya.
I may not be
perfect..., but I love everything about you, AY...
I truly appreciate
everything I have...
p/s: Jauh di mata
dekat dalam doa ; I’ll see you when Allah let me, InsyaAllah.
Ayu
tersenyum sendiri apabila melihat surat itu. “Pandai Abang Haniff nak pujuk
aku. Thank you so much, Abang Haniff”
bisik Ayu di dalam hati. Hatinya terlalu gembira mendapat surat sebegitu
daripada Haniff.
___________________________________________________________________
p/s: PART 2 insyaAllah akan diupdate dalam masa terdekat :) Doakan saya berjaya!
Love, Ain Amiena!
No comments:
Post a Comment
Yang baik hati nak komen :)