"Hishh, kat mana nak letak benda ni?"
rengus Redza.
Mata Redza masih mencari-cari tempat yang sesuai
untuk meletakkan secret weaponnya. Dia harus cepat melakukan
misinya itu sebelum terkantoi dengan si tuan rumah.
"Yes! Jumpa pun tempat yang sesuai."
nada suara cuba dikawal. Dia meletakkan secret weaponnya itu
dicelah-celah dinding kayu rumah itu dengan harapan 'si dia' dapat
menjumpainya.
Tanpa disedari, perbuatannya itu sedang
diperhatikan oleh si tuan rumah itu. "Cis! Ada orang nak skodeng anak dara
aku nampaknya." getus hati si tuan rumah dengan nada yang agak tegang.
"Siaplah kau kejap lagi aku kerjakan." sambungnya sambil tangan sudah
mencapai sebatang ranting kayu yang agak besar dan panjang di halaman rumahnya.
Kakinya melangkah menghampiri tubuh manusia durjana itu. Sesedap hati skodeng
anak dara orang ya!
Setelah selesai melakukan misinya, Redza
perlahan-lahan melangkah ke dalam semak berhampiran rumah itu. Risau dirinya
dicekup oleh tuan rumah. Redza membongkokkan badannya ke dalam semak itu
dengan berani. Namun belum sempat dia mengesotkan badannya jauh ke dalam semak,
tubuhnya terasa ditarik oleh seseorang dari belakang. "Alamak!" hanya
itu yang mampu terpacul dari mulutnya.
Tubuh Redza yang tidak seimbang hanya mengikut
rentak si penariknya. Kemudian, tubuhnya jatuh terjelepok di atas tanah.
"Aduh! Mampuslah aku lepas ni" keluh Redza di dalam hati.
"Berani kamu mengintai bilik anak pak cik.
Kamu anak siapa?" riak muka Haji Rahman berubah pelik. Siapa budak
di hadapannya ini? Tak pernah nampak pun dalam kampung ini. Hurmmm, rasa curiga
menguasai pemikiran Haji Rahman.
"Err... Saya sebenarnya... Urmmm.." Redza
gugup. Apa yang perlu dikatakan? Otaknya seolah-olah gagal berfungsi dengan
baik.
"Sebenarnya apa? Siapa kamu sebenarnya? Apa
yang kamu mahu daripada anak pak cik?" ranting kayu itu dihalakan ke arah
muka Redza. Dia harus menyiasat asal-usul budak ini sebelum melakukan apa-apa
tindakan. Tapi kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia balun budak itu
habis-habisan.
Redza cuba untuk membetulkan posisinya. "Saya
minta maaf pak cik. Saya tak sengaja. Errmm, saya... Errmm, se..sebenarnya...” tergagap-gagap
Redza menjawab
“Sebenarnya apa?!” teriak Haji Rahman dengan riak
muka yang berkerut. Haihh budak ini memang cari pasal betul.
“Saya sebenarnya minat kat anak pak cik tu!" penuh
spontan Redza menjawab. Dia agak terkejut mendengar teriakan Haji Rahman
sebentar tadi. Redza menekup mulutnya. Aduh! Jahatnya mulut aku ini. Tapi dalam
masa yang sama, Redza berasa sedikit lega kerana dapat meluahkan isi hatinya
itu di hadapan Haji Rahman dan bukannya di hadapan Ayu. Harap-haraplah pak cik
ini boleh simpan rahsia!
"Jadi kamu ni ada memendam perasaanlah kat
anak pak cik. Pak cik ingatkan tapi ada orang nak ambil kesempatan kat Ayu.
Risau pak cik dibuatnya. Hahaha.. Mari ikut pak cik masuk ke dalam rumah"
tutur Haji Rahman sambil menghulurkan tangannya untuk membantu Redza bangun.
"Masuk ke dalam rumah? Nak buat apa pak
cik?" tanya Redza. Kakinya sudah beriringan mengikut langkah kaki Haji
Rahman.
"Adalah... Ikut saja pak cik" tutur Haji
Rahman. Dia menepuk-nepuk bahu Redza. "Siapa nama kamu?"
"Hurmmm... Redza Firhad. Panggil saja
Redza" balas Redza.
"Jom masuk ke rumah pak cik. Ada satu perkara
yang pak cik nak bincang dengan kamu" Kenyataan yang dilontarkan oleh Haji
Rahman sebentar tadi membuatkan hati berdegup laju. "Apa pula yang ayah
Ayu nak bincang dengan aku ni? Lain macam saja bunyinya..." bisiknya di
dalam hati.
****
Kaki Ayu laju mengayuh pedal basikalnya mengarah ke
sebuah simpang menghala ke rumahnya. "Macam mana pula aku boleh tertinggal
handphone aku ni. Kalau ayah jumpa handphone tu, habislah dia selongkar mesej
aku dengan Abang Haniff" keluhnya kerisauan.
Sejak kebelakangan ini, mood ayahnya tidak menentu.
Mungkin dia masih curiga dengan Haniff selepas kejadian 2 tahun lepas? Ataupun
dia tidak mahu melihat anaknya bahagia di samping orang yang bukan menjadi
pilihan dia? Ahhh, buat sakit kepala saja fikirkan perkara yang seolah-olah
tidak kesudahannya.
Ayu leka melayan perasaannya dan tiba-tiba,
"Paapppp!" basikalnya melanggar sesuatu.
"Aduh!" kedengaran suara seseorang yang
sedang dalam kesakitan. Matanya tertancap ke arah susuk tubuh seorang lelaki
yang sudah berada di atas jalan tar itu. Dia melihat lelaki itu yang sedang
memegang siku yang sudah berdarah. Ayu kaget. Lantas dia turun dari basikalnya
dan melangkah ke arah lelaki tersebut.
“Awak tak apa-apa ke? Saya minta maaf” nada suara
Ayu jelas menunjukkan kerisauan.
Lelaki itu hanya mengangguk perlahan. Namun, Ayu
masih belum dapat melihat siapakah gerangan manusia yang sudah dia langgar
sebentar tadi. Kasihan sungguh Ayu melihat kecederaan yang ditimpa lelaki
tersebut.
Tangannya dihulurkan ke hadapan muka lelaki
itu.“Mari saya bantu awak”
Lelaki itu menyambut tangannya untuk bangun. Mereka
saling berpandangan. Otak mereka berdua seolah-olah berhenti buat seketika.
“Awak!” serentak mereka bersuara dan itu saja yang
hanya keluar dari mulut mereka berdua.
****
Dua tahun lepas, di sebuah wakaf SMKDARY. Mine
sedang menikmati dua keping sandwich
sardin yang dibawa dari rumah. Tiba-tiba bahunya dicuit oleh seseorang dari
belakang. Haihhh, kacau saja orang nak makan. Mine menoleh ke belakang. “Aduh! mamat
poyo ni lagi” keluh Mine di dalam hati.
“Hai, Mine budak cengeng. Tengah makan apa tu?”
tegur Redza. Dia mencari tempat untuk duduk di sebelah Mine.
“Jangan sibuk la gigi besi. Aku menyampah tengok
muka kau kat sini” balas Mine dengan riak muka menyampah.
“Aku ada surprise
untuk kau tau…Jomlah teman aku, pergi kelas aku sekejap. Aku nak pergi ambil
surprise kau tu” Tangannya sudah menggenggam kuat tangan Mine. “Mana boleh
lepaskan ni, nanti melepas pula. Hehehehe” bisik Redza di dalam hati.
“Alaaa, kau mesti nak kenakan aku lagikan. Aku tak
nak ikutlah!” jerit Mine. Dia dengan sepenuh tenaga cuba melepaskan tangannya
dari genggaman Redza. Tapi usahanya itu sia-sia. Genggaman Redza terlalu kuat.
Redza mendekatkan badannya ke belakang badan Mine.
“Mine…” Redza berbisik di telinga Mine. Nada
suaranya yang menggoda mampu memukau mana-mana saja perempuan. Meremang bulu
tengkuk Mine apabila diperlakukan sebegitu. Genggaman Redza semakin kuat.
Berdebar-debar jantung Mine dibuatnya.
“Mari ikut aku sekarang. Kita pergi ke dalam kelas
aku” sambung Redza. Redza menarik tangan Mine supaya mengikuti langkahnya. Mine
langsung tidak membantah tindakan Redza itu.
Sebaik saja sampai di hadapan kelas 5 AS1, Redza
melepaskan genggamannya dari tangan Mine. Mine melihat dari luar pintu kelas,
ada beberapa orang pelajar kelas tersebut sedang duduk berbual-bual kosong.
“Kau tunggu kat luar kelas ni. Aku nak pergi ambil surprise untuk kau tu” tutur Redza.
Mine hanya menganggukkan kepalanya seperti burung
belatuk. Redza masuk ke dalam kelas dan dengan selambanya terus mengambil
tempat di sebelah kawan baiknya, Haris. Terkedu Mine sebentar. “Tadi dia kata
nak bawakan surprise untuk aku? Eh, entah-entah dia nak jadikan aku bahan
permainan dia tak? Tak boleh jadi ni...” bisik Mine perlahan.
“Woi, Redza! Kau ni cuba nak main-mainkan aku ya?”
teriak Mine dari luar kelas itu.
“Apasal pula aku nak main-mainkan kau? Eeeee,
perasan gila” balas Redza dengan muka selamba.
“Ishhh... Mamat poyo ni memang nak kenalah! Siaplah
aku kerjakan kau nanti!” rengus Mine di dalam hati. Tangannya sudah membentuk
buku lima. Tunggu masa saja nak mendarat di muka mamat poyo itu. Sudah tidak
dapat dikawal perasaan membara-bara di dalam hati. Tanpa memandang kiri dan
kanan, Mine terus melulu masuk ke dalam kelas itu.
“Yes, dah
mengena!” tutur Redza sambil tersenyum nakal.
“Suprise!!!”
jerit semua yang ada di dalam kelas itu. Debu-debu putih halus memenuhi diri
Ayu.
Mine merasa dirinya sudah dipenuhi dengan tepung.
Dia memandang ke arah bahagian atas pintu kelas itu. Ada sebuah baldi yang
sudah kosong di situ. Mungkin sebelum ini, baldi itulah yang menempatkan tepung
itu. Pandangan Mine beralih ke arah
Redza yang sudah ketawa terbahak-bahak di sebelah Haris. Kelas itu bergema
dengan gelak tawa kawan-kawan Redza dan ada juga pelajar dari kelas lain yang
melalui di hadapan kelas itu. Sungguh memalukan!
Muka Mine sudah merona merah. Tidak sangka akan
dimalukan sebegini rupa. Tubir matanya sudah berenang-renang dengan air mata. Lantas,
kaki Mine melangkah laju keluar dari tempat yang memberi kenangan yang sungguh pahit
itu.
****
“Ouchh!” Redza menjerit kesakitan apabila Ayu
mengelap sikunya yang berdarah itu dengan tisu basah yang dibeli di kedai Mak Esah
sebentar tadi.
“Padan muka!” jawab Ayu dengan nada yang mengejek.
Perasaan Redza ketika itu sukar digambarkan. Rasa
gembira, terharu dan sakit dalam masa yang sama. Tidak sangka yang dia dapat
bersua muka sekali lagi dengan Ayu. Dia sangat merindui wajah itu.
Sedang Ayu mengelap lukanya itu, mata liar
memandang ke wajah Ayu. Dari dahi sampailah ke dagu. Kulit putih, bibir yang
kemerah-merahan, hidung yang mancung... Oh sama seperti dahulu. Tidak secalit
perubahan pun di wajahnya.
Ayu mula berasa tidak selesa apabila Redza
memandangnya begitu dalam. “Nah! Lap sendiri. Saya nak balik dulu.” Ayu bangun
dari situ. Namun belum sempat dia melangkah, tangannya sudah ditarik dari
belakang.
Ayu menoleh lalu memandang ke arah Redza yang masih
berdiri kaku sambil memegang tangannya. “Saya nak baliklah!’ rengus Ayu.
“Terima kasih, awak. Saya tak sangka kita akan
berjumpa kembali” tutur Redza. Tangannya menggenggam kemas tangan Ayu yang
lembut itu.
“Ishh, lepaskanlah!” rengus Ayu sambil menolak
tubuh sasa Redza. Ayu mengusap tangannya yang sakit akibat digenggam kuat oleh
Redza tadi. Redza memandang Ayu dengan penuh rasa bersalah. Redza tahu yang dia
terlalu kuat genggamannya sebentar tadi. Dia terlalu megikut perasaan.
“Ok, sama-sama. Boleh saya balik sekarang?” sambung
Ayu.
“Awak dah tak ingat saya ke?” tutur Redza tanpa
menjawab soalan Ayu.
“Kalau aku tak ingat pun, ada aku kisah? Kau tak
penting pun dalam hidup aku” balas Ayu selamba.
Hati Redza bagaikan disiat-siat dengan pisau
apabila Ayu berbicara sebegitu. “Dia bukan seperti Ayu yang aku kenal. Ayu
benar-benar sudah berubah” bisik hatinya.
“For your
information, kau dah tak ada dalam kamus hidup aku. Fullstop!” luah Ayu. Redza terdiam kaku. Tidak mampu membuka mulut
dan melakukan apa-apa lagi untuk memulihkan keadaan.
Hati Ayu kini sudah mula berombak. Fikirannya mula
mengingati peristiwa-peristiwa yang tidak sepatutnya diingati. Ayu memejamkan
matanya sebentar sebelum mengorak langkah untuk pulang ke rumah.
Ayu memusingkan badannya membelakangi Redza yang
masih diam itu. Namun, Ayu sedikit terkejut apabila melihat sebuah tubuh yang
berada di hadapannya. Insan yang amat dia dikenali.
“Abang Haniff...” itu saja kata-kata yang sempat keluar
dari mulut Ayu.
Pantas Haniff menarik kuat tangan Ayu lalu beredar
dari tebing sungai itu.
p/s: Minta maaf banyak-banyak sebab sangat lambat update entry + pendeknya~~...btw, Enjoy reading this chapter yeaahh!
Love, Ain Amiena
Love, Ain Amiena
No comments:
Post a Comment
Yang baik hati nak komen :)